Wahai bangsaku
Aku masih pilu
Dua baris ayat daripada lirik lagu ini harus kita sama-sama renungi
'Di dalam perjuangannya, mazmumah menjadi pakaian diri.'
'Perjuangan kamu, kejayaan nafsu dan syaitan.'
:'(
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, March 12, 2011
Thursday, March 10, 2011
Cuti-Cuti Malaysia 1: Kuala Kangsar, Perak
Nikmat penglihatan merupakan satu anugerah yang terlalu bernilai dalam hidup.
Lantas, dengan nikmat inilah kita menjelajah untuk melihat keindahan alam dan ciptaan.
Pada 4-6 Mac 2011, aku dan teman-teman sekuliah serta rakan-rakan UM yang lain telah bercuti di Kuala Kangsar, Perak.
Program lawatan ini telah kami rancang pada Semester 3 iaitu tahun lalu setelah aku jatuh hati kepada keindahan Istana Kenangan, Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah sewaktu melakukan kajian untuk tugasan dalam modul Seni Bina.
Pada waktu itu, kami ditugaskan untuk mengkaji seni bina istana-istana Melayu untuk tugasan berkumpulan kami.
Sebenarnya, Kak Karmilah yang lebih fokus kepada Istana Kenangan dan Istana Iskandariah manakala aku memberi fokus kepada konsep seni bina istana dan Istana Pelamin.
Meskipun aku turut membaca dan mengkaji tentang Istana Kenangan dan Istana Iskandariah, namun Kak Karmilah yang lebih banyak menjelaskan tentang kedua-dua istana ini sewaktu persembahan kami.
Oleb sebab aku sudah jatuh hati dengan keindahan Istana Kenangan, aku berhasrat untuk bersua muka dengan istana ini.
Namun, oleh sebab keterbatasan waktu dan peluang, jalan tidak terbuka untuk aku berkunjung ke Istana Kenangan, Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.
Lantas, perancanganku bersama Adik Hafiz dan Adik Kahar terkubur begitu sahaja semester lalu meskipun perancangan ini telah diwarwarkan di ruang 'inbox' Facebook dan diikuti dengan susulan dalam kelas tutorial Seni Bina.
Namun, satu perkara yang aku masih ingat dengan jelas ialah saranan Adik Hafiz agar menyiapkan iklan untuk program lawatan ini agar perancangan ini tampak lebih jelas dan meyakinkan bahkan akan memudahkan pelajar memikirkan tentang penyertaan mereka.
Pengiklanan itu penting!
Atas dasar itu, aku telah mengorak langkah menyiapkan iklan Cuti-Cuti Malaysia yang 'simple' untuk menarik minat peserta pada semester ini iaitu Semester 4.
Iklan itu aku paparkan melalui ruang Facebook.
Adik Awang Azhar turut membantuku menge'tag' rakan-rakan di Facebook untuk mendapatkan sambutan terutama sekali daripada pelajar lelaki.
Meskipun tidak begitu mendapat sambutan daripada pelajar lelaki dan perkara ini boleh dikaji sebab-musababnya, Alhamdulillah, rombongan 18 orang ke Kuala Kangsar berjalan dengan lancar.
Peristiwa yang menyeronokkan dan kenangan yang indah telah terakam dalam jiwa kami.
Paling penting, impianku untuk ke Istana Kenangan sudah kesampaian meskipun aku terkilan kerana tidak dapat masuk ke dalam istana itu atas sebab hal penyelenggaraan. Hmmmm....
Secara keseluruhan, aku sungguh terhibur kerana aku dapat ke Istana Kenangan dan dapat bersua muka dengan istana idamanku ini.
Cantik, unik dan comel istana itu!
Gambar digital dan rakaman video sebagai dokumentasi kenangan kami bersama bercuti di Kuala Kangsar.
Berikut adalah iklan yang aku bina menggunakan program Powerpoint.
Gambar-gambar pada iklan ini diperolehi daripada internet. Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan gambar-gambar berikut.
Mudah sahaja membina iklan.
Bahkan, seronok juga membina iklan.
Mudah kerana aku sekadar memilih gambar yang paling menarik daripada internet dan gabung jalinkan menjadi sebuah 'potret' yang indah.
Kemudian, masukkan butiran penting yang tuntas agar dapat dilihat dengan jelas dan difahami dengan mudah oleh mereka yang melihat iklan.
Teknologi banyak membantu.
Dari mula sampai akhir promosi program ini.
Dari tahap awal membina iklan hinggalah kepada tahap memaparkan iklan dan kemudiannya mendapatkan respon daripada rakan-rakan.
Alhamdulillah.
Seronok kerana iklan yang dihasilkan merupakan satu karya seni yang memerlukan kekreatifan.
Dalam 'post' seterusnya, insyaAllah akan aku paparkan gambar-gambar digital kami semasa bercuti di Kuala Kangsar.

Wednesday, March 9, 2011
Bicara Kalbu Dan Fikrah: Ketika rindu dan syahdu menyinggahi nurani...
Apakah maksud di sebalik segala yang berlaku dalam hidupku?
Adakala aku menerima seadanya.
Adakala aku merintih pilu dengan takdir ini.
Adakala aku memberontak dengan pertanyaan bertalu-talu.
Apatah lagi aku bukan seseorang yang akan mudah menerima nasihat atau khutbah manusia yang cuba untuk memahamkan aku tentang kehidupan.
Aku memang tidak akan mudah menerima nasihat atau khutbah manusia selagi perkara yang aku hadapi tidak dihadapi oleh orang yang berhasrat untuk menasihatiku.
Paling tidak aku akan hanya membuka pintu hatiku untuk mendengar dan meyakini intipati kata-kata seseorang kerana dia pernah melalui pahit getir kehidupan kerana aku tahu dia berkata berdasarkan pengalaman.
Bagiku dan bagi egoku, apalah yang hendak dinasihatkan kepadaku seandainya orang itu tidak melalui apa yang aku lalui.
Mana mungkin dia mampu mengerti dan menghayati gelodak perasaan ini andai dia tidak mempunyai pengalaman seumpama yang aku alami.
Lantas atas dasar itu, sebaik-baik tempat mengadu adalah Penciptaku sendiri.
Cuma adakala ketika aku patah harap atau sedang beremosi, kadang kala aku seperti merajuk dengan Penciptaku sendiri.
Namun Penciptaku yang Maha Penyabar akan sentiasa memujukku dengan caraNya yang tersendiri.
Ingatlah wahai diriku bahawa sebaik-baik tempat mengadu ialah Penciptaku sendiri kerana Dia yang menjadikan setiap manusia.
Hati kita, perasaan kita dan jiwa kita ternyata milik Dia.
Dengan pengaduan kepadaNya, Dia akan menyusun atur agar dipertemukan dengan insan yang dapat memahami situasi dan membantu dalam merungkai masalah kita barangkali.
Tidak harus terlalu berharap kepada manusia kerana manusia hanyalah manusia.
Serba tidak sempurna.
Atas dasar itu, usah letakkan keyakinan bahawa masalah atau gelodak perasaan akan difahami oleh manusia.
Biasanya, manusia akan lebih menyakiti atau menyesakkan dada dengan sikap mereka yang akan berkhutbah tanpa kefahaman.
A good listener is so difficult to find.
In fact, am I a good listener?
Seorang pendengar yang baik terlalu sukar untuk ditemui tetapi Alhamdulillah, Dia masih memberiku pendengar yang baik meskipun tidak ramai.
Moga aku juga menjadi seorang pendengar yang baik kerana aku juga manusia yang serba tidak sempurna.
Namun, pendengar terbaik yang pernah bersamaku selama empat tahun dan yang paling sabar dalam menghadapi karenahku yang tidak penyabar ini telah berlalu pergi.
Insan yang baik dan terbaik dalam memahamiku serta kelemahan diri ini.
Kehadirannya yang pernah mewarnai kehidupan yang sebelum itu kelam amat kuhargai.
Perpisahan yang berlaku telah kami setujui dengan redha.
Namun adakalanya ketika rindu menyinggahi nurani, rindu itu ditemani syahdu seperti malam ini.
Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa dan apa yang telah kami lalui.
Hanya Tuhan yang tahu hikmah di sebalik pertemuan dan perpisahan ini.
Dia tetap seorang insan yang baik pada kaca mataku.
Mungkin dengan berkat doanya seperti yang dia janjikan akan berikan kepadaku, aku lebih tenang kini dan tidak sebingung dahulu.
Entahlah.
Hanya Tuhan yang tahu.
Segala yang berlaku dalam kehendak Tuhan yang Maha Pengasih.
Namun ketika hati dicengkam rindu dan ditusuk syahdu, harapanku agar ketenangan menyelamatkan aku.
Aku pun sedar syukurku sangat berkurangan.
Sekonyong-konyong teringat sebuah lagu yang seolah-olah menggambarkan gelora di hati.
Lagu 'Khushiyan Aur Gham' dalam filem Mann.

Subscribe to:
Posts (Atom)