Aku kembali dalam bidang perguruan sebagai seorang guru sekolah menengah pada 29 Jun 2012.
Hari ini iaitu 29 Jun 2013, genaplah setahun aku berada dalam bidang perguruan semula.
Alhamdulillah.
Walaupun perjalananku sebagai seorang guru sekolah menengah boleh dikatakan sukar dan mencabar, aku harus tetap bersabar!
Aku akan tetap belajar dan terus belajar agar menjadi seorang guru sekolah menengah yang berkaliber suatu hari nanti.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, June 30, 2013
Saturday, June 29, 2013
Thursday, June 27, 2013
14 hari dan bukan 15 hari
14 hari dan bukan 15 hari.
Aku lewat menukar tiket koc.
Atas sebab itu, aku tidak dapat bercuti sehari lagi di Kuala Lumpur demi memenuhi permintaan Zaynab untuk keluar dengannya pada hari Sabtu, 22 Jun 2013.
Aku pulang ke tanah air dalam keadaan yang kurang sihat.
Demam pada malam terakhir aku di Kuala Lumpur.
Buang-buang air pada pagi terakhir di Kuala Lumpur hinggalah setelah sampai di Singapura.
Maka, berehatlah aku....
Cuti panjang yang terakhir di Kuala Lumpur sudah berakhir.

Thursday, June 20, 2013
Kolej 11: Teduhan Kasih
19 episod Teduhan Kasih selesai aku tontoni dalam bilik A111.
Ketika pelajar UM khususnya (memandangkan aku berada di UM sekarang ini) sedang bersengkang mata menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, aku selaku graduan UM pula sedang bersengkang mata menonton drama Teduhan Kasih untuk menghabiskan cuti.
Ketika mereka bersengkang mata menatap helaian demi helaian nota dan buku untuk bersiap sedia menjalani peperiksaan, aku pula bersengkang mata menonton episod demi episod drama Teduhan Kasih untuk berhibur dalam menghabiskan cuti.
Kelaziman menonton drama di dalam kamar kolej sejak zaman pengajian telah pun berakhir tetapi berkesinambungan dengan kelaziman menonton drama di dalam kamar kolej (rakan) pada minggu cuti di KL.
Kalau pada bulan Disember 2012 yang lalu, aku menghabiskan masa menonton drama Adam dan Hawa dalam bilik A220 iaitu bilik yang dihuni oleh tiga orang rakan iaitu Wani, Syida dan Zaynab.
Kini pada Jun 2013 pula, aku menghabiskan masa menonton drama Teduhan Kasih dalam bilik A111 iaitu bilik yang dihuni oleh dua orang rakan iaitu Fatimah dan Zaynab.
Kelaziman ini merupakan kelaziman yang terakhir bagi seorang pengunjung sepertiku memandangkan ini adalah percutian panjang yang terakhir di bumi UM dengan Kolej 11 sebagai tempat penginapan.
Wani dan Syida telah pun menyelesaikan pengajian pada semester lalu.
Zaynab pula akan menyelesaikan pengajian pada semester ini.
Fatimah sedang melanjutkan pengajian pos-graduan di peringkat sarjana tinggi bermula semester ini.
Manakala aku telah bertugas sebagai guru hampir setahun.
Percutian dua minggu satu hari sejak 9 Jun hingga 23 Jun merupakan percutian panjang yang terakhir di bumi UM.
Sebelum ini, percutian dua minggu satu hari adalah pada 4 Disember hingga 18 Disember yang aku sifatkan sebagai percutian panjang yang pertama di bumi UM.
Aku tidak akan bercuti panjang lagi di bumi UM.
Ternyata, segala kenangan di bumi UM perlu aku simpulkan dan sampulkan.
Aku perlu mengorak langkah meninggalkan bumi UM dengan tenang dan senang.
Tenang kerana tidak perlu lagi berpaut perasaan dan kenangan dengan bumi UM.
Senang kerana perlu melepaskan pergi tanpa ikatan perasaan dan kenangan dengan bumi UM.
Inshaa Allah.
19 episod Teduhan Kasih telah selesai aku tontoni.
Tidak dinafikan, Kolej 11 adalah kasihku yang telah menjadi tempatku berteduh sepanjang tiga tahun pengajian dan sepanjang percutianku di KL setahun ini (semenjak selesai pengajianku pada Jun 2012).
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan atas teduhan kasih ini untukku.

Sunday, June 9, 2013
Salah seorang wanita yang ingin aku temui di sana
Seorang insan bernama Siti Hajar
Engkaulah wanita yang cukup penyabar
Engkaulah wanita unggul sepanjang zaman
Ternyata lipatan sejarah telah mencatatkan ketabahan
Seorang hamba Allah yang sanggup meredah derita
Demi mentaati perintah yang Maha Kuasa
Kau hadapi pedih sedih tanpa suami di sisi
Sebegitu berat dirimu diuji
Sebegitu besar cabaran menampar diri
Safa dan Marwa menjadi saksi
Betapa engkau berlari dan mendaki berulang-ulang kali
Tanpa putus asa dan patah hati
Dahaga terdampar di bawah terik mentari di padang pasir
Bersama rengek bayi Ismail yang dilahir
Alangkah dahsyatnya takdir
Engkaulah satu-satunya Siti Hajar
Simbol wanita yang terlalu penyabar
Hinggakan setiap Zulhijjah namamu mengharum mekar

Etika pergaulan dan batas pergaulan: Antara hasrat dan syariat
'Dalam etika pergaulan dan batas pergaulan... bukan hanya mencari kesempurnaan akan tetapi hanya mencari keredhaanNya yang paling utama sekali.'
Mampukah aku?
Menghindari lelaki yang bukan mahramku sedangkan aku terlalu menghargai perhatian yang diberikan untukku.
Antara hasrat dan syariat?
Minggu pertama Jun 2013: Hanya Tuhan yang tahu
3 Jun (Isnin): Merangka jalan cerita bersama pelajar LB meskipun jalan cerita dan skrip telah aku rangkakan sehari sebelum sebagai alternatif seandainya pelajar LB tidak menghasilkan jalan cerita yang menarik. Pelajar LB melukis papan cerita. Hanya Tuhan yang tahu perasaan sebenar tentang betapa aku tidak .... Aku menyelesaikan skrip untuk pelajar LB pada malamnya.
4 Jun (Selasa): Mengimbangi masa antara mesyuarat jabatan, perfileman LB dan kem pancaragam. Akhirnya, tumpuanku terarah kepada perfileman dan kem manakala mesyuarat terpaksa aku tinggalkan separuh jalan. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku terkejar-kejar antara tiga tanggungjawab ini.
5 Jun (Rabu): Perfileman LB di dalam studio. Tidak sesibuk semalam. Perfileman selesai pada petang ini meskipun jadual yang telah disiapkan melibatkan esok hari. Alhamdulillah.
6 Jun (Khamis): Perkongsian 4 orang pelajar menengah 3 Normal Akademik tentang pembelajaran berdasarkan teknologi di Sekolah Menengah Kranji di sebelah pagi hingga 11 pagi. Pelibatan 5 orang pelajar menengah 2 Normal Akademik di Taman Warisan di sebelah tengah hari hingga 4 petang. Perlukah aku tergesa-gesa? Hanya Tuhan yang tahu perasaanku tentang .... Aku sempat ke pejabat First Coach untuk mendapatkan tiket koc ke KL, kemudian ke Hospital Raffles untuk menghantar surat doktor dan akhirnya ke Wayan Retreat dengan hasrat untuk mendapatkan khidmat spa sementara menunggu program JB selesai.
7 Jun (Jumaat): Penyuntingan filem pendek LB di studio sekolah. Dokumen untuk tuntutan bayaran Maxi Cab bagi kedua-dua program yang melibatkan aku semalam telah aku lengkapi dan serahkan ke pejabat am. Pertemuan dengan guru senior berkaitan dengan tugas dan tanggungjawabku yang terbaru.
Hanya Tuhan yang tahu betapa minggu pertama dalam bulan Jun ini merupakan cabaran yang menduga perasaan. Bahkan aku semakin patah hati dan putus asa. Namun berkat doa mereka yang memahami, mengasihani dan mendoakanku, Tuhan benar-benar telah mempermudahkan urusanku sepanjang minggu ini meskipun tidak dinafikan, perasaan yang negatif bersarang di dalam hati.
Hanya Tuhan yang tahu perasaanku dan perasaan sebenarku.
Antara perkara paling menarik yang aku nikmati ialah pengalaman berada di dalam Wayan Retreat. Aku disambut baik oleh gadis bernama Shasha yang melayaniku dengan ramah dan baik sekali. Kini, aku mendapat tahu bahawa pemilikan dan pengurusan Wayan Retreat telah bertukar tangan daripada Siti Suhaila Ong kepada wanita lain. Aku senang dengan personaliti Shasha. Semoga impianku untuk memiliki dan mengurus spaku sendiri akan tertunai suatu hari nanti. :) Inshaa Allah.
Antara perkara yang aku syukuri adalah aku dapat melarikan diri daripada seorang insan yang berada di dalam auditorium Taman Warisan. Alhamdulillah.
Antara perkara yang paling aku syukuri adalah aku menerima mesej yang aku harap-harapkan tetapi tidak aku duga setelah meninggalkan sekolah pada tengah hari Jumaat. Mesej yang menggembirakan hati dan wajar aku syukuri. Subhanallah.
Terima kasih Tuhan atas segala nikmatMu kepadaku. Dalam cabaran yang besar dan ujian yang berat, ada pertolongan dan keringanan daripadaMu untukku hambaMu yang mudah tertekan dan kerap berprasangka.

Sunday, June 2, 2013
Antara Rajuk Dan Pujuk, Antara Marah Dan Sayang, Antara Kecil Hati Dan Ambil Berat
Aku menemui sebuah filem pendek yang ternyata amat menarik dan cukup realistik.
Amat menarik kerana filem pendek itu memaparkan percintaan dan kasih sayang sepasang suami isteri yang sudah berusia.
Cukup realistik kerana emosi dan ekspresi dalam filem pendek itu menggambarkan kehidupan sehari-hari sepasang suami isteri yang bersilih ganti antara rajuk dan pujuk, marah dan sayang, kecil hati dan ambil berat....
Subhanallah.
Tersentuh perasaanku menonton filem pendek ini yang berkisar tentang percintaan dan kasih sayang sepasang suami isteri yang tetap teguh dan sentiasa setia hingga ke usia tua.

Subscribe to:
Posts (Atom)