3 Jun (Isnin): Merangka jalan cerita bersama pelajar LB meskipun jalan cerita dan skrip telah aku rangkakan sehari sebelum sebagai alternatif seandainya pelajar LB tidak menghasilkan jalan cerita yang menarik. Pelajar LB melukis papan cerita. Hanya Tuhan yang tahu perasaan sebenar tentang betapa aku tidak .... Aku menyelesaikan skrip untuk pelajar LB pada malamnya.
4 Jun (Selasa): Mengimbangi masa antara mesyuarat jabatan, perfileman LB dan kem pancaragam. Akhirnya, tumpuanku terarah kepada perfileman dan kem manakala mesyuarat terpaksa aku tinggalkan separuh jalan. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku terkejar-kejar antara tiga tanggungjawab ini.
5 Jun (Rabu): Perfileman LB di dalam studio. Tidak sesibuk semalam. Perfileman selesai pada petang ini meskipun jadual yang telah disiapkan melibatkan esok hari. Alhamdulillah.
6 Jun (Khamis): Perkongsian 4 orang pelajar menengah 3 Normal Akademik tentang pembelajaran berdasarkan teknologi di Sekolah Menengah Kranji di sebelah pagi hingga 11 pagi. Pelibatan 5 orang pelajar menengah 2 Normal Akademik di Taman Warisan di sebelah tengah hari hingga 4 petang. Perlukah aku tergesa-gesa? Hanya Tuhan yang tahu perasaanku tentang .... Aku sempat ke pejabat First Coach untuk mendapatkan tiket koc ke KL, kemudian ke Hospital Raffles untuk menghantar surat doktor dan akhirnya ke Wayan Retreat dengan hasrat untuk mendapatkan khidmat spa sementara menunggu program JB selesai.
7 Jun (Jumaat): Penyuntingan filem pendek LB di studio sekolah. Dokumen untuk tuntutan bayaran Maxi Cab bagi kedua-dua program yang melibatkan aku semalam telah aku lengkapi dan serahkan ke pejabat am. Pertemuan dengan guru senior berkaitan dengan tugas dan tanggungjawabku yang terbaru.
Hanya Tuhan yang tahu betapa minggu pertama dalam bulan Jun ini merupakan cabaran yang menduga perasaan. Bahkan aku semakin patah hati dan putus asa. Namun berkat doa mereka yang memahami, mengasihani dan mendoakanku, Tuhan benar-benar telah mempermudahkan urusanku sepanjang minggu ini meskipun tidak dinafikan, perasaan yang negatif bersarang di dalam hati.
Hanya Tuhan yang tahu perasaanku dan perasaan sebenarku.
Antara perkara paling menarik yang aku nikmati ialah pengalaman berada di dalam Wayan Retreat. Aku disambut baik oleh gadis bernama Shasha yang melayaniku dengan ramah dan baik sekali. Kini, aku mendapat tahu bahawa pemilikan dan pengurusan Wayan Retreat telah bertukar tangan daripada Siti Suhaila Ong kepada wanita lain. Aku senang dengan personaliti Shasha. Semoga impianku untuk memiliki dan mengurus spaku sendiri akan tertunai suatu hari nanti. :) Inshaa Allah.
Antara perkara yang aku syukuri adalah aku dapat melarikan diri daripada seorang insan yang berada di dalam auditorium Taman Warisan. Alhamdulillah.
Antara perkara yang paling aku syukuri adalah aku menerima mesej yang aku harap-harapkan tetapi tidak aku duga setelah meninggalkan sekolah pada tengah hari Jumaat. Mesej yang menggembirakan hati dan wajar aku syukuri. Subhanallah.
Terima kasih Tuhan atas segala nikmatMu kepadaku. Dalam cabaran yang besar dan ujian yang berat, ada pertolongan dan keringanan daripadaMu untukku hambaMu yang mudah tertekan dan kerap berprasangka.
No comments:
Post a Comment