Baru sahaja selesai MENGOSONGKAN seratus-peratus ruang e-mel kerja yang perlu dibaca atau dipadam.
Antara perkara yang PALING TIDAK DISUKAI ialah membaca e-mel kerja.
Dunia pendidikan sarat dengan BEBAN KERJA yang terlalu mengambil masa, terlalu menekan jiwa dan terlalu meletihkan tubuh.
Kehendak dan jangkaan yang ditetapkan terlalu bersimpang-siur dan terlalu haru-biru.
Aku celaru dan keliru.
Kembali kepada e-mel kerja, apalah ertinya andai aku mengosongkan seratus-peratus ruang e-mel pada pagi ini andai.... ruang e-mel itu esok lusa akan kembali dibanjiri e-mel kerja yang tidak putus-putus.
Tidak perlu menunggu lama untuk perkara ini berlaku.
Bahkan, tidak perlu menunggu esok untuk perkara ini berlaku.
No comments:
Post a Comment