Bayangkan pada waktu ini ketika insan-insan sedang lena dibuai mimpi, aku terpaksa bangun daripada tidur untuk menyiapkan permainan 'online' untuk para pelajar.
Demi mata pelajaran Character and Citizenship Education (CCE) pada pagi ini.
Topik yang akan diajarkan ialah plagiarism.
Ketika permainan pertama (Hangman) yang telah tercipta diuji cuba dan tidak dapat dimainkan dengan sempurna, aku perlu menyediakan permainan kedua (Word Scramble) sebagai sandaran.
Nampaknya, hasratku untuk memuat naik slaid Powerpoint dan klip video dari lelaman Youtube tergendala kerana sistem mengalami kegenjotan teknikal.
Aku sedang dan masih mencuba....
Aku perlukan tidurku demi kesihatan
No comments:
Post a Comment