Sunday, March 9, 2014

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman: 8 Mac 2014 di Pantai East Coast

Pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan peristiwa hidup yang indah.

http://www.persil.co.uk/active-learning/what-is-experiential-learning/

Semalam, Pantai East Coast menjadi ruang belajar, beriadah dan beribadah untuk kami.

Ber'skate scooter' di Taman Keselamatan Jalan Raya (Road Safety Park) yang telah dibuka untuk kegunaan orang awam terutama sekali kanak-kanak tenyata menyeronokkan dan mengundang kenangan lalu ketika pertama kali aku ke sini selaku seorang kanak-kanak darjah 3.

Ber'skate scooter' di taman ini memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar tentang undang-undang di jalan raya.

Batu 'break water' yang pertama di Pantai East Coast itu menjadi 'bilik darjah tanpa dinding dan siling' buat kami untuk mempelajari kosa kata seperti laut, langit, matahari, pasir, daun, batu, kapal, cawan, mata, tangan, famili, jabanah dan lain-lain.

Alhamdulillah, kami sungguh gembira dan terhibur dengan pengalaman belajar Bahasa Melayu di batu 'break water' bernombor 1 itu.

Peristiwa indah semalam menjadi pengalaman indah hari ini.

Esok insha Allah, kenangan indah ini terus mekar di taman hati kami.

No comments:

Post a Comment