Monday, March 10, 2014

Program Perkhemahan Menengah 3

10hb Mac 2014 - 13hb Mac 2014 merupakan tarikh progam perkhemahan Menengah 3 di sekolahku.

Aku terlibat secara langsung memandangkan aku adalah guru kelas 3C.

1995 adalah tahun aku menjadi pelajar Menengah 3 di Sekolah Menengah Bedok South.

1995 adalah tahun yang sarat dengan pengalaman pahit sebagai seorang remaja.

1995 adalah tahun aku menyertai program perkhemahan bagi pelajar Menengah 3 sama seperti yang pelajar Menengah 3 aku perlu ikut serta.

Namun, perkhemahan yang aku sertai diadakan di Outward Bound Singapore, Pulau Ubin dan kami langsung tidak ditemani oleh guru kami.

Pelajar Ekspres yang tidak menyertai program perkhemahan di OBS, Pulau Ubin perlu mengikuti program perkhemahan di Jalan Bahtera bersama pelajar Normal dan guru-guru.

Kini, sejarah berulang kembali.

Aku perlu mengikuti program perkhemahan Menengah 3.

Bukan selaku pelajar tetapi selaku guru.

Subhanallah.

1995 ketika aku berusia 14 tahun selaku seorang remaja dan bertanggung jawab sebagai pelajar.

2014 ketika aku berusia 33 tahun selaku seorang dewasa dan bertanggung jawab sebagai guru.

Lebih kurang 20 tahun.

Tidak pernah aku menduga bahawa aku akan menyertai paling kurang dua program perkhemahan Menengah 3 seumur hidupku, Insha Allah.

No comments:

Post a Comment