Mestika didefinisikan sebagai
(1) sejenis batu sakti (terdapat dalam kepala ular dan lain-lain), geliga, gemala
(2) permata yang bernilai (intan dan lain-lain)
(3) yang termolek, yang tercantik
(4) sesuatu yang disayangi (dikasihi)
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, February 21, 2015
Sanggar Mustika pilihanku
Sanggar didefinisikan sebagai
(1) tempat pemujaan (dalam rumah)
(2) rumah atau bahagian daripada rumah yang kemas dan teratur (tempat mengerjakan sesuatu)
Mustika pula tidak diberi sebarang definisi.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
(1) tempat pemujaan (dalam rumah)
(2) rumah atau bahagian daripada rumah yang kemas dan teratur (tempat mengerjakan sesuatu)
Mustika pula tidak diberi sebarang definisi.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
Monday, February 16, 2015
Mengintai Dari Tirai Kamar: Imbuhan Awalan meN-
Menerusi lagu ini, si anak-anak remaja itu mempelajari kata terbitan yang telah menerima imbuhan awalan meN-.
Sunday, February 15, 2015
Antara kenangan dan takdir
Kenangan hidup seorang remaja ketika berada di sekolah menengah merupakan kenangan terindah meskipun pahit berselang manis pengalaman hidup.
Alangkah sukar untuk menerima takdir yang pahit ketika melalui zaman remaja itu.
Namun kini takdir yang pahit itu menyebabkan aku tersenyum dengan perasaan sebak dek rindu dan terharu.
Seandainya diberi peluang, ingin aku kembali ke zaman itu dan merentas perjalanan hidup remajaku dengan lebih berhati-hati dan matang.

Monday, February 9, 2015
Drama Juvana Episod 1: Watak dan Perwatakan
Watak-watak yang diperkenalkan dalam episod 1 drama Juvana dilakukan secara menarik dan kemas.
Watak utama iaitu Daim diperkenalkan sejak dalam mahkamah diikuti pula dengan watak sampingan yang menonjol iaitu Apek dan Black yang diperkenalkan secara tuntas semasa berada dalam trak menuju ke Sekolah Wira Bakti
Watak sampingan lain seperti Encik Raja, Botak, Ayam dan lain-lain yang berada di Sekolah Wira Bakti turut diperkenalkan secara berkesan.
Subscribe to:
Posts (Atom)