Berikut merupakan sepasang novel kanak-kanak yang telah aku baca.
Aku begitu tertarik dengan novel pertama dalam siri ini yang bertajuk Boleh Kami Bantu?
Watak utama Arif yang digandingkan dengan watak Yaya dan Laila menzahirkan hubungan yang penuh dengan keceriaan dan kerjasama.
Jalan cerita yang lucu dan comel kerana mereka hidup di Kampung Fauna yang unik kerana manusia dan haiwan (tidak kira apa jua jenis haiwan) mempunyai hubungan yang luar biasa dan positif.
Grafik yang dihidangkan berwarna-warni dan merangsang minat untuk membaca.
Oleh sebab aku berpuas hati dengan ketiga-tiga watak dalam cerita ini, apatah lagi mereka senantiasa prihatin dan kreatif menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk dan haiwan peliharaan mereka, aku telah meminjam novel kedua dalam siri ini.
Novel kedua bertajuk Hero Kampung Fauna.
Ketika membaca novel kedua yang ditulis oleh Hayati Hanif, aku kurang fokus.
Mungkin disebabkan oleh keghairan untuk menyiapkan program membaca dan program menulis untuk tahun hadapan.
Selain itu, aku memberikan perhatian untuk sebuah drama Korea sambil membaca novel kedua ini.
Lantas, aku akui aku kurang menikmati keindahan cerita yang terkandung dalam buku cerita ini.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Thursday, December 22, 2016
Baca Buku
Buku yang sedang aku baca pada ketika ini bertajuk 'Tips & Tricks For Analyzing Ideas, Events, And Individuals' yang ditulis oleh Sandra K. Athans dan Robin W. Parente.
Alhamdulillah, semenjak aku diberi tanggungjawab untuk memikul peranan sebagai pengurus program membaca untuk darjah 1 hingga darjah 4 dan selaku pengurus darjah 3 dan 4, aku senang hati.
Usulan program membaca untuk darjah 1 hingga darjah 4 telah die-mel kepada ketua jabatan.
Kini, aku sedang mempersiapkan diri dengan ilmu tentang kemahiran membaca.
Aku bersyukur kerana menemui buku-buku yang berkualiti dari Perpustakaan Masyarakat Bedok.
Selain daripada buku Slow Is Beautiful yang telah menyentuh hatiku dan membuka mindaku, buku-buku tentang kemahiran membaca sebegini amat bermanfaat untukku sebagai seorang guru yang akan mendidik anak muridku agar mencintai ilmu melalui membaca... agar menghayati ilmu melalui kemahiran membaca... agar mendalami ilmu melalui buku-buku yang bagus.
Aku harus meneruskan pembacaanku dalam Bab 3 (Chapter 3).
Aku sedang belajar untuk mengajar.

Tuesday, December 20, 2016
Tontonan Disemberku
Cheongdam-dong Scandal.
Inilah tajuk drama Korea yang sedang aku ikuti di siaran Channel U.
Choi Jung-Yoon melakonkan watak utama sebagai Eun Hyun-Soo.
Watak yang tenang hati dan menenangkan jiwaku meskipun dugaan yang perlu beliau lalui mencabar kewanitaannya!
Saturday, December 3, 2016
Friday, November 25, 2016
Berblog kali terakhir pada 3 November 2011
3 November 2011.
Itulah tarikh terakhir aku berblog di sebuah blog peribadiku.
Sebenarnya, aku tahu kewujudan blog itu tetapi aku tidak dapat mengakses blog itu memandangkan aku tidak ingat akan alamat lelaman, akaun email dan kata laluan yang berkaitan dengan blog itu.
Subhanallah.
Pada malam ini iaitu 25 November 2016 iaitu lebih daripada 5 tahun, aku tersua semula dengan blog peribadiku ini.

Novel kanak-kanak / remaja lelaki: Brrr... Sejuknya Salji!
Tajuk novel: Brrr... Sejuknya Salji
Penulis: Iwan Ghazali
Penerbit: Galeri Ilmu
Tarikh Mula Membaca: 23 November 2016 (Rabu)
Tarikh Selesai membaca: 25 November 2016 (Jumaat)
Sinopsis ringkas: Watak utama, Syazwan terpaksa mengikuti ibu bapanya ke New Brunswick, New Jersey yang terletak di Kanada, Amerika Syarikat atas urusan pekerjaan ayahnya. Ketidakmampuan beliau berbahasa Inggeris merupakan satu cabaran besar bagi Syazwan yang rapat dengan kakaknya, Farzana.
Saturday, November 19, 2016
Puding Roti Hujan November / Bread Pudding November Rain
18 November 2016 menandakan tarikh istimewa kerana projek memukul telur atau projek membakar pencuci mulut yang aku angan-angankan sudah menjadi realiti.
Terima kasih kepada tuan rumahku, Puan Norliza yang sudi meminjamkan dapur berserta ketuhar.
Terima kasih kepada teman hidupku, Abe Salim yang sudi membantuku membelikan susu cair dan kismis.
Selain itu, beliau memotongkan roti dan menyapukan mentega.
Sunday, January 3, 2016
Ampuni aku ketika...
Sesuatu yang mempesonakan dalam beberapa minit sebenarnya merupakan dugaan yang amat menguji perasaan selama setahun lebih.
Aku belajar banyak perkara ketika menghadapi ujian ini sejak akhir 2014 hinggalah sewaktu menempuh cabaran ini sepanjang 2015.
Subhanallah. Betapa aku tidak berdaya dan betapa Allah Maha Berkuasa.
Alhamdulillah. Betapa aku tidak mempunyai apa-apa dan betapa Allah Maha Memberi.
Lailahaillallah. Betapa aku insaf bahawa kepadaNya aku perlu merujuk dan memohon petunjuk dalam segala hal dan betapa Allah Maha Mengetahui tentang segala-galanya.
Allahuakbar. Betapa aku insaf bahawa dunia dan isinya adalah milikNya dan betapa Allah Maha Pelindung serta Maha Penolong.
Ampuni aku Ya Allah ketika aku alpa dan tidak merujuk serta memohon petunjuk dalam urusan duniaku sedangkan diriku dan dunia serta isinya milikMu semata-mata.

Subscribe to:
Posts (Atom)