Thursday, December 22, 2016

Baca Buku

Buku yang sedang aku baca pada ketika ini bertajuk 'Tips & Tricks For Analyzing Ideas, Events, And Individuals' yang ditulis oleh Sandra K. Athans dan Robin W. Parente.

Alhamdulillah, semenjak aku diberi tanggungjawab untuk memikul peranan sebagai pengurus program membaca untuk darjah 1 hingga darjah 4 dan selaku pengurus darjah 3 dan 4, aku senang hati.

Usulan program membaca untuk darjah 1 hingga darjah 4 telah die-mel kepada ketua jabatan.

Kini, aku sedang mempersiapkan diri dengan ilmu tentang kemahiran membaca.

Aku bersyukur kerana menemui buku-buku yang berkualiti dari Perpustakaan Masyarakat Bedok.

Selain daripada buku Slow Is Beautiful yang telah menyentuh hatiku dan membuka mindaku, buku-buku tentang kemahiran membaca sebegini amat bermanfaat untukku sebagai seorang guru yang akan mendidik anak muridku agar mencintai ilmu melalui membaca... agar menghayati ilmu melalui kemahiran membaca... agar mendalami ilmu melalui buku-buku yang bagus.

Aku harus meneruskan pembacaanku dalam Bab 3 (Chapter 3).

Aku sedang belajar untuk mengajar.


No comments:

Post a Comment