Berikut merupakan sepasang novel kanak-kanak yang telah aku baca.
Aku begitu tertarik dengan novel pertama dalam siri ini yang bertajuk Boleh Kami Bantu?
Watak utama Arif yang digandingkan dengan watak Yaya dan Laila menzahirkan hubungan yang penuh dengan keceriaan dan kerjasama.
Jalan cerita yang lucu dan comel kerana mereka hidup di Kampung Fauna yang unik kerana manusia dan haiwan (tidak kira apa jua jenis haiwan) mempunyai hubungan yang luar biasa dan positif.
Grafik yang dihidangkan berwarna-warni dan merangsang minat untuk membaca.
Oleh sebab aku berpuas hati dengan ketiga-tiga watak dalam cerita ini, apatah lagi mereka senantiasa prihatin dan kreatif menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk dan haiwan peliharaan mereka, aku telah meminjam novel kedua dalam siri ini.
Novel kedua bertajuk Hero Kampung Fauna.
Ketika membaca novel kedua yang ditulis oleh Hayati Hanif, aku kurang fokus.
Mungkin disebabkan oleh keghairan untuk menyiapkan program membaca dan program menulis untuk tahun hadapan.
Selain itu, aku memberikan perhatian untuk sebuah drama Korea sambil membaca novel kedua ini.
Lantas, aku akui aku kurang menikmati keindahan cerita yang terkandung dalam buku cerita ini.
No comments:
Post a Comment