Thursday, August 10, 2017

Novel 'The Sky Is Crazy' tulisan mantan pramugari, Yvonne Lee

Aku telah membuat satu keputusan yang tepat apabila mengambil buku ini dari rak-rak sekolahku pada Isnin lalu, 7 Ogos 2017.

Aku terpana dengan tajuk buku itu ' The Sky Is Crazy' dan mungkin juga, gambar kulit buku itu yang memaparkan seorang pramugari dan kapal terbang.

Apabila aku menyelak halaman dalam buku itu, aku terus duduk di kerusi untuk membaca buku itu.

Betapa aku tertarik sehingga aku membuat keputusan yang tepat lagi iaitu meminjamnya.

Semalam, 9 Ogos 2017... aku selesai membaca novel ini.

Terdapat 29 bab dalam novel ini tetapi setiap bab tidak bergantung antara satu sama lain. Inilah salah satu teknik penulisan yang memudahkan pembacaan kerana setiap bab tidak terlalu panjang dan adakalanya, ringkas.

Penyampaian penulis iaitu Yvonne Lee, seorang mantan pramugari yang telah 'terbang' selama 5 tahun amat santai, menghiburkan dan lucu. Tertawa aku dibuatnya.

Namun begitu, terdapat satu bab yang mempunyai jalan cerita yang amat mencengkam perasaan. Pilu dan hiba membacanya.

Penguasaan bahasa Inggerisnya mantap dan hebat walaupun adakala, aku tidak memahami perkataan atau frasa yang sukar. Itu menandakan aku harus terus belajar bahasa Inggeris demi memahami maksud sesuatu teks.

Syabas kepada Yvonne Lee kerana berjaya menarik perhatianku untuk membaca tentang pengalaman beliau semasa bertugas sebagai seorang pramugari. Perkongsian beliau menambahkan pengetahuan sudah tentunya dan menghiburkan hati.


Secara literal, frasa nama 'The Sky' merujuk kepada 'Langit Itu'. Sebenarnya, frasa nama ini merujuk kepada kerenah penumpang di dalam kapal terbang yang bermacam-macam daripada si pemabuk yang terbuang air kecil di dalam seluarnya hinggalah kepada penumpang yang menukar pakaian kepada kostum Spiderman.

Alhamdulillah, aku gembira membaca buku ini.

Syabas, Yvonne Lee atas novel kamu 'The Sky Is Crazy'.

No comments:

Post a Comment