Penulis: Sayid Sabiq
Penterjemah: M Abdai Rathomy
Alas Kata:
Agaknya sudah dimakluminoleh setiap orang yang suka menelaah sejarah ummat Nabi Muhammad s.a.w bahawasanya keimanan ummat Islam kepada semua yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w pada zaman hidup beliau itu adalah suatu zaman yang penuh kebahagiaan, sebab secara murni menggunakan dasar Al Quran Al Karim serta Hadis beliau Asy Syarif dan dikuatkan pula dengan dalil-dalil 'aqli yang benar, dengan menempuh jalan lurus, sunyi dari segala syubhat atau kekaburan dan hawa nafsu, bersih daripada kekeliruan dan perselisihan pendapat. Oleh kerana itu maka buahnya masak sekali, bunganya indah berseri, sehingga tiap-tiap anggota ummat sama menjaga benar-benar dalam mendirikan ibadahnya, mengatur keadaan oergaulan, sama taat kepada peerintah-perintah Allah Taala serta menjauhi larangan-laranganNya, berhiaskan budi pekerti secara agama yang baik dan peradaban yang tinggi. Hal itu dapat terlaksana kerana apabila pokoknya baik, maka dahan-dahannya pun pasti baik pula, sebagaimana air tawar itu tentu mengalir dari mata air yang bersih pula.
No comments:
Post a Comment