Saturday, September 15, 2018

Sepuluh Minit Pertama Bujang Lapok

Dalam sepuluh minit pertama daripada filem klasik Bujang Lapok, tiga watak utama diperkenalkan iaitu Ramli, Sudin dan Ajis.

Ramli sebagai jurujual minyak wangi.
Sudin sebagai kerani.
Ajis sebagai pemandu lori.

Selain itu, watak sampingan seperti rakan sekerja dan pengurus syarikat tempat Sudin pekerja turut dipaparkan.
Watak sampingan penjaja ayam dengan dialog ringkas "2 kati. 3 ringgit."
Sewaktu mereka bertiga berjalan pulang, Sudin sempat melambaikan tangan kepada buah hatinya iaitu Jeton, watak sampingan yang tidak kurang pentingnya.
Dialog bersama watak sampingan di luar rumah iaitu Pak Nyong, jiran mereka bertiga boleh dikatakan menarik.
Watak sampingan Puan Normah atau dikenali juga dengan gelaran Tuan Rumah selaku pemilik bilik sewa mereka memainkan peranan paling penting dalam jalan cerita Bujang Lapok.
Watak sampingan seterusnya ialah Mak Minah iaitu isteri Pak Nyong.

Image result for bujang lapok

No comments:

Post a Comment