Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi hak orang lain
Hmm... lebih kurang lirik lagu yang mengandungi perkataan 'kain' walaupun lagu yang sama ini mempunyai lirik lagu yang sedikit berbeza iaitu
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Hmm... mana mungkin daripada benang, terus dibuat baju kalau belum dibuat kain terlebih dahulu melalui proses tenunan. Namun, logik juga kalau benang itu dikait menjadi baju.
Kesimpulannya, kedua-dua lirik atau pantun boleh diterima. Sama ada benang itu dibuat menjadi kain terlebih dahulu (melalui proses tenunan dan kemudian diikuti dengan proses jahitan) atau benang itu terus dibuat menjadi baju (melalui proses kaitan)!
No comments:
Post a Comment