Daku baru sahaja pulang daripada menziarahi kuburan Bapak.
Mimpi duduk bersebelahan dengan Bapak dalam sebuah perjalanan melalui sebuah kenderaan pada pagi tadi telah memacu keinginanku untuk menziarahi kuburan Bapak sejurus aku bangkit daripada tidur.
Pertama kali dalam mimpi semenjak pemergiannya, Bapak dan aku berbual-bual dalam perjalanan kami.
Alhamdulillah, kuburan Bapak telah aku ziarahi.
Walaupun tersilap lokasi pada mulanya, tida orang hamba Allah yang berkereta telah menumpangkan daku ke lokasi yang tepat.
Alhamdulillah, semoga Allah merahmati mereka bertiga.
Begitu juga untuk makcik-makcik dan pakcik penjual bunga yang menunjukkan daku jalan ke Pusara Aman.
Pusara Bapak bukan di Bukan Pusara Abadi tetapi Pusara Aman.
Semoga roh Bapak dilimpahi keampunan, keredhaan dan kasih sayang Allah s.w.t.
Semoga roh Bapak diberkahi ketenangan kerana ditemani roh para solihin, roh para syuhada, roh para siddiqin.
Semoga roh Rasulullah s.a.w dan roh Bapak dipertemukakan dalam kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment