Sunday, June 12, 2022

Hyun Bin dalam 3 karya

Daku mengenali dan tertarik dengan lakonan dan watak Captain Ri yang dilakonkan oleh Hyun Bin.

Sebelum ini, daku tidak mengenali atau perasan kewujudan pelakon ini.

Antara pelakon yang aku kenali dan perasan kewujudan mereka ialah Kim Nam Gil (melalui drama Live Up To Your Name), Ji Chang Wook (melalui drama Empress Ki) dan Lee Joon Gi (melalui drama Flower of Evil). 

Bermula dengan karya Crash Landing On You yang menyebabkan daku tertarik bukan sahaja dengan cerita dan jalan cerita karya ini, kedua-dua pelakon utama iaitu Hyun Bin dan Ye Jin sangat meninggalkan kesan.

Baik dari segi lakonan mereka sebagai Captain Ri dan Yoon Se Ri mahupun perwatakan sebenar mereka berdua iaitu Hyun Bin dan Ye Jin, daku tertarik.

Alhamdulillah, akhirnya mereka berdua ditakdirkan Allah untuk berjodohan sebagai suami isteri dan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini.

Namun, drama Crash Landing On You hanya aku tontoni pada bulan Jun ini sedangkan drama ini bersiaran pada tahun 2019 dan mereka mendirikan rumahtangga pada bulan Mac tahun ini.

Selisih jalan.

Lantas, karya pertama yang Hyun Bin bintangi dan aku tontoni dalam bulan Jun ini ialah Crash Landing On You.

Karya kedua ialah Hyde, Jekyll Me.

Karya ketiga ialah Memories of The Al Hambra.


No comments:

Post a Comment