Thursday, June 2, 2022

Yoon Se-Ri


Aku menyukai watak ini: Yoon Se-Ri.

Watak ini dilakonkan oleh Son Ye-Jin dalam drama Korea yang berjudul 'Crash Landing On You'.

Sebuah drama tentang perbezaan kehidupan antara rakyat Utara Korea dan Selatan Korea.

Bertitik tolak daripada latar dua buah negara yang seKorea tetapi tidak bersatu, lahirlah kisah percintaan sepasang insan yang berkedudukan tinggi.

Tentera berpangkat tinggi dari Utara Korea.

Usahawanita yang berjaya dari Selatan Korea.

Mereka pertama kali bertemu di sempadan Utara Korea apabila Yoo Se-Ri yang sedang melakukan aktiviti 'paragliding' telah dipukul taufan.

Aku menyukai watak ini apabila dia sudi mengambil hati atau berbaik dengan tentera dan penduduk kampung di Utara Korea dengan ketulusan dan kerendahan hati.

Watak yang menyenangkan.

No comments:

Post a Comment