Masya Allah.
Ekpresi si ibu yang comel semasa dia sedang melihat rumah Mr Yoon (guru sekolah si ibu) dari luar.
Ekspresi si anak di dalam rumah Mr Yoon yang sedang memikirkan ibunya (yang ditemui pada tahun 1987 angkara kapsul masa) juga comel.
Ekpresi si anak yang memandang ibunya dengan penuh keluhuran, keterujaan, keriangan dan kekaguman sedangkan sebelum ini, kewujudan ibunya kurang diperhatikan.
Masya Allah.
Jalan cerita, dialog, ekspresi serta emosi yang terkandung dalam Episod 2 yang berkisar antara seorang anak bernama Yoon Young dan ibunya bernama Soon Ae menyentuh jiwa dan menggembirakan hati.
Heart-warming and healing.
Watak anak bertemu dengan orang tuanya pada masa silam menerusi kapsul masa bukanlah perkara baharu dalam jalan cerita bagi filem atau drama.
Namun, pendekatan yang diambil kali ini meneroka hubungan anak dan ibu setelah Soon Ae iaitu ibu Yoon Young membunuh dirinya manakala Yoon Young iaitu anaknya pula telah terheret ke masa silam untuk bertemu dengan ibunya yang baru berusia 19 tahun, cantik jelita, lurus bendul serta seorang mangsa buli.
Begitulah kreatifnya pengkarya Korea - sama ada penulis skrip, pemilik idea / cerita, pengarah atau penerbit.
No comments:
Post a Comment