Tuesday, August 8, 2023

Empress Ki (Episod 1): Keserasian antara Wang Yu dengan Nyang (Seung Nyang)

Wang Yu yang sedang menjalankan siasatan dengan menyamar sebagai seorang pegawai sebenarnya ialah seorang anak raja yang berhasrat mencari orang suruhan yang berkebolehan dan yang ditemui ialah seseorang Nyang yang pandai memanah menggunakan anak panah (baby arrow).

Nyang yang juga sedang menyamar pelbagai watak dan peranan sebenarnya sedang membantu siasatan yang dilakukan oleh Wang Yu tanpa pengetahuan Wang Yu pada mulanya.

Wang Yu seperti yang lain tidak mengetahui bahawa Nyang ialah seorang wanita.

Nyang pula tidak mengetahui bahawa Wang Yu ialah raja mahkota yang pernah cuba untuk menyelamatkan dia dan ibunya serta rakyat jelata yang lain suatu masa dahulu.

Pertemuan dek cabaran memanah serta perkenalan berkaitan dengan siasatan yang sedang berlangsung telah menjadi asbab terjalin hubungan yang serasi antara Wang Yu dengan Seung Nyang.

Chemistry!

Wang Yu berkenan jika Seung Nyang menjadi orang suruhan atau adik angkatnya.

Nyang juga mungkin ada hati terhadap Wang Yu tetapi situasi kehidupannya langsung tidak memberi peluang kepada Nyang untuk memikirkan apatah lagi merasakan tentang soal hati dan perasaan.

Nyang seorang pejuang yang sedang membanteras kejahatan yang berlaku di negaranya dengan caranya sendiri sekaligus masih berusaha mencari bapanya yang telah terputus hubungan dengannya sejak beliau kecil. 

Seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki demi .... kelangsungan hidup dan kemaslahatan rakyat terpinggir.

No comments:

Post a Comment