Tuesday, August 8, 2023

Empress Ki (Episod 1)

Sebuah drama bergenre fiksyen sejarah bertajuk Empress Ki telah dimulakan dengan dialog dua orang insan yang berkuasa.

Seorang maharaja (emperor) dan seorang raja (king).

Pada dasarnya, maharaja lebih berkuasa daripada raja.

Namun, daripada dialog serta ekpresi dan emosi yang diperlihatkan, ternyata drama ini sejak episod 1 lagi telah menzahirkan bahawa maharaja yang tinggi statusnya masih terbatas kekuasaannya dan rendah kewibawaannya.

Bermula daripada minit ke-5 dalam episod 1, drama ini mengimbas kembali masa lampau seorang anak perempuan (Nyang) yang diseksa bersama ibunya serta rakyat jelata yang lain oleh pihak Dinasti Yuan yang kejam.

Meskipun si anak raja (Crown Prince / WangYu) yang masih remaja cuba membela nasib rakyatnya, kemampuannya terlalu terbatas dek faktor usia serta statusnya pada masa itu.

Raja mahkota, Wang Yu mempunyai pak cik yang berhasad dengki terhadapnya memandangkan Wang Yu ialah bakal raja.

Padahal, pak ciknya itu terlalu menginginkan takhtah tersebut.

Pak cik kepada raja mahkota (Wang Ko): An incompetent king causes countless loyal subjects and people to die. Crown Prince, you have no qualification to be king. You're incompetent and naive.

Dalam drama ini, terdapat ramai watak yang jahat. Antaranya ialah:

Tang Qi Shi yang membunuh ibu Nyang dengan panahnya.

Wang Ko yang memperlekehkan dan berkhianat terhadap anak saudaranya sendiri sejak Wang Yu masih remaja.

No comments:

Post a Comment