Friday, November 29, 2013

Nikahilah seseorang ....


Nikahilah seseorang yang akan membuatmu jatuh cinta kepada Allah setiap hari.

28 November 2013: Sekadar makan malam bersama

Kami bertemu di Stesen MRT Kembangan.

Setelah menunaikan solat Maghrib di Masjid Kassim, kami ke Restoran Mr Teh Tarik untuk makan malam. Putu Piring tidak terkecuali daripada menu makan malam kami. Sebenarnya, disebabkan Putu Piring lah, kami tidak makan malam di restoran berhampiran dengan Masjid Kassim. Sebaliknya, kami memilih untuk ke Restoran Mr Teh Tarik dengan teksi.

Setelah ke Kompeks Joo Chiat dan Kompleks Tanjong Katong (yang kebanyakan kedainya telah ditutup), kami akhirnya mengorak langkah ke Stesen MRT Paya Lebar untuk pulang.

Sekadar makan malam bersama setelah hampir tiga minggu tidak bersua muka.

Pas Korporat

Alhamdulillah, aku baru sahaja mendaftarkan diri melalui lelaman mesrc untuk mendapatkan pas korporat.

Pas korporat ini adalah pas untuk melawat lima tempat menarik di Singapura secara percuma.

Lima tempat menarik yang dimaksudkan ialah
(i) Singapore Zoological Gardens (Taman Haiwan Singapura)
(ii) Jurong Bird Park (Taman Burung Jurong)
(iii) River Safari (Sungai Safari)
(iv) Singapore Science Centre (Pusat Sains Singapura)
(v) Singapore Flyer (Roda Raksasa Singapura atau Pelayang Singapura)

Mana satukah yang menjadi pilihanku untuk Disember ini?

Insha Allah, apabila aku sudah ke tempat menarik yang dimaksudkan, akan aku kongsi gambar-gambar yang dipetik itu di lelaman Nurani Nurain.

9 & 10 November 2013: So sweet...

9 November 2013
Sabtu

Setelah menunaikan solat Maghrib di Masjid Moulana, bertemu di Restoran Mac Donalds untuk makan malam. Berjalan kaki menyusuri Sungai Singapura ke Taman Merlion untuk menonton persembahan cahaya untuk kali kedua pada tahun ini. Aliya tidak tertarik dengan persembahan cahaya itu.

Kami kembali ke tempat duduk berdekatan dengan Masjid Moulana dan Restoran Mac Donalds setelah selesai persembahan cahaya itu. Sementara melepaskan penat, kami melafazkan surah Al Fatihah dan surah Al Ikhlas, An Naas dan Al Falaq. So sweet...

10 November 2013
Ahad

Setelah menikmati hidangan yang enak di Restoran Sri Bistari, kami ke Bedok Central untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit yang baharu di kedai telefon bimbit M1 yang selalu aku langgani.

Selepas itu, kami ke Darul Arqam untuk menunaikan solat Maghrib tetapi nampaknya, hasrat kami tidak kesampaian untuk bersolat di situ memandang kerja ubah elok sedang dijalankan. Maka, kami ke Masjid Khalid untuk menunaikan solat Asar diikuti dengan solat Maghrib. Aliya yang baik hati telah terlebih dahulu mengambilkan kain telekung untukk. So sweet...

Sesudah itu, kami ke Kompleks Joo Chiat untuk menghantar dres (yang aku pakai semalam kerana perlu disingkatkan sedikit dres yang agak labuh itu) di Butik Hidayat. Kemudian, kami membeli anak tudung dan jilbab kanak-kanak. Kesemuanya kami dapatkan dari Butik Anak Manja.

Akhir sekali, kami makan kuih Melayu iaitu Putu Piring dan Pisang Goreng dari Restoran Mr Teh Tarik.

Wednesday, November 20, 2013

Penulis Skrip: Na Mi Rae dan Im Seung Hee

Kedua-dua wanita ialah penulis skrip dalam bidang penyiaran rancangan televisyen.

Na Mi Rae bermula dengan menulis skrip untuk dokumentari manakala Im Seung Hee berminat dalam penulisan skrip untuk drama.

Kedua-dua mereka menghadapi cabaran dalam kerjaya mereka.

Cinta pertama sedang berbunga antara kedua-dua watak utama

Watak lelaki muda ini menyukai watak utama

Cuba teka yang mana satu Na Mi Rae dalam Marry Him If You Dare dan yang mana satu pula Im Seung Hee dalam Unemployed Romance?



Sunday, November 10, 2013

Thursday, November 7, 2013

Ber'Kinetic Rain', bersolat Maghrib dan ber'Swensen's' di Lapangan Terbang Changi

Sabtu.

26 Oktober 2013.

Bertemu kami di Terminal Satu.

Melihat 'Kinetic Rain Sculpture' yang mengasyikkan.

Bukan sekadar mengasyikkan, bahkan menenangkan.

Menunaikan solat Maghrib di Terminal Satu.

Sementara mereka ke Burger King untuk membeli makanan yang amat diperlukan memandangkan mereka sudah lapar, aku beratur di Swensen's kerana aku terlalu mahu makan ais krim 'Sticky Chewy Chocolate'.

Pada malam itu, aku didorong hasratku yang kuat untuk menikmati 'Sticky Chewy Cocolate'.

Alhamdulillah, apabila mereka sampai sahaja di Swensen's, aku sedang mengikuti pramusaji Swensen's yang akan menunjukkan tempat duduk untuk kami.

Burger 'Mushroom Swiss' yang enak dari Burger King turut kami kongsi bersama.

Makan malam kami di Terminal Dua.