Puas aku menangis.
Puas juga aku mengingatkan diri bahawa aku tidak perlu menangis lagi.
Puas juga aku menahan diri daripada menangis.
Puas juga aku melatih diri agar tidak mudah terpukul dengan ombak emosi agar aku tidak ternangis.
Puas juga aku keraskan hati dan bekukan perasaan daripada menangis.
Dalam kehidupan seharianku kini yang tidak lagi diakhiri dengan tangisan dan tidak lagi dimulai dengan tangisan, hidup aku ini aku teruskan tanpa menangis.
Kalau dahulu aku menganggap diriku lemah kerana mudah menangis.
Kini aku akui bahawa diriku masih tetap lemah meskipun tidak lagi menangis.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, May 25, 2013
Berhenti Berharap
Aku tidak dapat menghindari daripada perasaan putus asa.
Aku tidak dapat mengelak daripada perasaan patah hati.
Langkah kakiku yang longlai ini tetap terpaksa aku teruskan kerana aku benar-benar tidak ada pilihan lain.
Berhenti berharap.

Monday, May 6, 2013
Didicazli: Dambaan
Sebuah lagu yang romantis daripada Didicazli.
Dambaan.
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun handai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa tika bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru kusedari
Selama ini kau kusayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang kurasa
Mungkin tiada kufahami
Tidak dapat kunafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru kusedari
Selama ini kau kusayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang kurasa
Mungkin tiada kufahami
Tidak dapat kunafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Ikhlas kunyatakan
Kau yang kusayangi
Kau yang kucintai
Walau tak mampu kumiliki
Ingin kuluahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Sunday, May 5, 2013
Sejauh 8 episod Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua
Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.
Setelah menonton episod ke-8, bukan Norish Karman lagi yang aku tafsir akan menjulang kejuaraan.
Bakat memasak beliau tidak menyerlah.
Walaupun pada awalnya, aku kagum dengan bakat kepimpinannya ketika beliau menjadi ketua kumpulan, akhirnya aku bertukar fikiran.
Aku kecewa apabila beliau mengadu kepada Masterchef bahawa beliau tidak dibantu sedangkan beliau seharusnya terlebih dahulu meluahkan masalah itu kepada ketua kumpulan iaitu Kencana Dewi.
Kecewa dengan sikap Norish Karman yang suatu masa dahulu pernah menyatakan bahawa menjaga hati insan itu perkara yang penting.
Begitu juga aku kecewa dengan Rozita Che Wan yang berhasrat untuk ikut keluar sang kekasihnya dengan alasan 'sehati sejiwa' sedangkan sudah terang lagi bersuluh, sang kekasihnya itu hanya mengikut perasaan sewaktu bertelingkah dengan Masterchef.
Mungkin silap Masterchef kerana mengomel kepada sang kekasihnya itu.
Namun, Masterchef adalah guru yang sedang mengajar dan boleh diibaratkan bapa yang sedang membimbing.
Tidak ada sebab untuk beremosi sebegitu rupa kepada seorang guru yang bertauliah dan seorang bapa yang jauh lebih tua.
Kecewa dengan sikap sang kekasih Rozita Che Wan.

Wednesday, May 1, 2013
Episod keempat Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua: 'STRESSFUL' dan 'sweet'
Aku sedang menonton Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua melalui lelaman Dailymotion.
Pada ketika ini, aku sedang menonton episod keempat apabila 5 daripada 9 anggota kumpulan merah sedang menjalani ujian penyingkiran.
Episod keempat boleh dikatakan 'stressful' dan 'sweet' kerana Selena diminta untuk memilih hanya 5 orang anggota sahaja untuk ujian penyingkiran.
Pak Nil memandang wajah Selena yang pada ketika itu sedang tertekan.
Pak Nil melangkah ke hadapan secara sukarela untuk 'menyerahkan diri'.
Beliau cukup 'gentleman' kerana ikhlas menyanggupi ujian penyingkiran ini.
4 orang anggota lain juga turut menyenaraikan dirinya untuk memakai apron hitam.
Kini, masakan Pak Nil sedang dirasai.
Kini, hanya tinggal Pak Nil dan Keroz yang belum diumumkan sebagai anggota yang terpilih lulus ujian ini.
Kini, pengat Pak Nil diumumkan sebagai antara pengat yang terbaik.
Berdasarkan 4 episod ini, aku dapat tafsirkan Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua mungkin akan dijulang oleh Norish Karman setelah Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama dijulang oleh Dr Fazley.
Namun, bakat memasak setiap anggota MSM musim kedua belum begitu menyerlah sejauh ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)