Aku sedang menonton Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua melalui lelaman Dailymotion.
Pada ketika ini, aku sedang menonton episod keempat apabila 5 daripada 9 anggota kumpulan merah sedang menjalani ujian penyingkiran.
Episod keempat boleh dikatakan 'stressful' dan 'sweet' kerana Selena diminta untuk memilih hanya 5 orang anggota sahaja untuk ujian penyingkiran.
Pak Nil memandang wajah Selena yang pada ketika itu sedang tertekan.
Pak Nil melangkah ke hadapan secara sukarela untuk 'menyerahkan diri'.
Beliau cukup 'gentleman' kerana ikhlas menyanggupi ujian penyingkiran ini.
4 orang anggota lain juga turut menyenaraikan dirinya untuk memakai apron hitam.
Kini, masakan Pak Nil sedang dirasai.
Kini, hanya tinggal Pak Nil dan Keroz yang belum diumumkan sebagai anggota yang terpilih lulus ujian ini.
Kini, pengat Pak Nil diumumkan sebagai antara pengat yang terbaik.
Berdasarkan 4 episod ini, aku dapat tafsirkan Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua mungkin akan dijulang oleh Norish Karman setelah Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama dijulang oleh Dr Fazley.
Namun, bakat memasak setiap anggota MSM musim kedua belum begitu menyerlah sejauh ini.
No comments:
Post a Comment