Puas aku menangis.
Puas juga aku mengingatkan diri bahawa aku tidak perlu menangis lagi.
Puas juga aku menahan diri daripada menangis.
Puas juga aku melatih diri agar tidak mudah terpukul dengan ombak emosi agar aku tidak ternangis.
Puas juga aku keraskan hati dan bekukan perasaan daripada menangis.
Dalam kehidupan seharianku kini yang tidak lagi diakhiri dengan tangisan dan tidak lagi dimulai dengan tangisan, hidup aku ini aku teruskan tanpa menangis.
Kalau dahulu aku menganggap diriku lemah kerana mudah menangis.
Kini aku akui bahawa diriku masih tetap lemah meskipun tidak lagi menangis.
No comments:
Post a Comment