Pada Isnin yang lalu iaitu pertemuan pertama dengan 2B dalam semester ketiga, aku telah memulakan kelas dengan berDealova bersama mereka.
Lirik lagu Dealova aku berikan kepada mereka.
Namun aku telah meniadakan tiga perkataan yang terdiri daripada kata kerja iaitu 'merapuh', 'memuja' dan 'hela'.
Klip video pertama yang dipertontonkan merupakan set induksi bagi mereka agar mereka 'berkenalan' terlebih dahulu dengan lagu Dealova.
Apatah lagi lirik lagu yang disebut oleh Siti Nurhaliza tidak begitu jelas.
Lantas, mereka tidak dapat begitu mengenal pasti perkataan yang dimaksudkan.
Klip video kedua yang dipertontonkan lebih baik kerana lagu Dealova yang dipersembahkan oleh Once itu disertai dengan paparan lirik lagu.
Melalui klip video kedua, mereka dapat mengenal pasti ketiga-tiga perkataan yang ditiadakan.
Alhamdulillah.
Tindak balas mereka terhadap lagu ini baik.
Pengajaran dan pembelajaran kosa kata melalui lagu ternyata berkesan.
Pada halaman sebelah, makna perkataan bagi 'merapuh', 'memuja' dan 'hela' aku berikan kepada mereka.
Tugas mereka adalah memadankan perkataan berikut bagi makna yang tertera.
Setelah membaca contoh ayat bagi ketiga-tiga perkataan untuk memperlihatkan penggunaan perkataan 'merapuh', 'memuja' dan 'menghela', mereka diminta membina sepotong ayat bagi perkataan 'menghela' dan 'memuja' pula.
Kini, hasil kerja mereka ada di sebelah kananku untuk disemak.
Sebelum itu, aku ingin berDealova.
'Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Au ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Oh kerana hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa aku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi
Dan sepi
Selalu ada
Kau selalu ada
Selalu ada
Kau selalu ada'
Permulaan yang baik bagi pertemuan pertama kami dalam semester ketiga ini.
Mereka berkelakuan baik.
Pengajaran dan pembelajaran pula berjalan dengan baik meskipun mereka tidaklah seratus peratus berdisiplin memandangkan mereka masih saling berbicara pada waktu aku mengajar dan berkumpul sesama sendiri pada waktu mereka harus melengkapkan tugas yang diberi.
Hmmm...
No comments:
Post a Comment