ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Monday, July 22, 2013
perspektif tentang poligami: suami, isteri pertama dan isteri kedua
suami: aku jatuh hati untuk kali kedua dengan seorang wanita yang (lebih) cantik dan (lebih) muda
isteri pertama: sampai hati menduakan aku seorang isteri yang setia dan telah banyak berkorban
isteri kedua: senang hatiku apabila aku dapat hidup berdua setelah sekian lama hidup berseorangan dan kesepian
suami: untuk berpoligami adalah hakku!
isteri pertama: untuk tidak dipoligamikan adalah hakku!
isteri kedua: untuk dibela nasib seorang janda sepertiku melalui poligami adalah hakku!
suami: aku mampu menjadi suami yang adil
isteri pertama: mampukah aku bertahan dibelasah cemburu saban hari?
isteri kedua: aku mampu menjadi isteri yang baik (bahkan lebih baik daripada isteri pertama)
suami: aku tidak layak menjadi nakhoda untuk dua bahtera namun isteri pertamaku yang menganjurkan agar aku berpoligami demi kemaslahatan wanita lain yang memerlukan teman hidup
isteri pertama: aku tidak layak untuk bersikap mementingkan diri bersuamikan seorang lelaki yang bertanggungjawab, beriman dan baik sedangkan wanita lain hidup melara
isteri kedua: aku tidak layak untuk berteduh dalam keluarga poligami ini namun aku akur bahawa aku memerlukan teman sepanjang hidup iaitu suami dan maduku
suami: aku tidak sanggup melukakan hati isteri pertamaku
isteri pertama: aku tidak sanggup melihat institusi poligami yang bertujuan membela nasib wanita dicacatcelakan dengan sikap lelaki yang tidak bertanggungjawab
isteri kedua: aku tidak sanggup meruntuhkan kebahagiaannya namun aku tersentuh dengan keterbukaannya
suami: jujur aku tidak mampu berlaku adil namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul
isteri pertama: jujur aku tidak mampu untuk tidak cemburu namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul
isteri kedua: jujur aku tidak mampu untuk tidak berasa memiliki namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment