Sabtu, 28 September 2013.
Pengalaman ber'Skyline Luge' di Sentosa merupakan pengalaman yang menyeronokkan.
Aktiviti ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua.
Bahagian pertama sangat santai sekali apatah lagi jika angin sedang bertiup kerana kita hanya perlu duduk di Skyride yang akan membawa kita naik dari kaki bukit ke puncak bukit.
Bahagian kedua sangat mengujakan sekali kerana kita perlu mengawal Luge yang akan membawa kita menyusuri bukit.
Perjalanan menuruni bukit dengan Luge yang dipandu sebenarnya langsung tidak sukar tetapi oleh sebab aku tidak fokus dan tidak berhati-hati, aku mengalami kemalangan kecil sebanyak dua kali.
Aku melakukan aktiviti ber'Skyline Luge' sebanyak dua kali.
Kali pertama aku melakukan aktiviti ber'Skyline Luge' dengan menempuh jalanan di sebelah kanan iaitu Dragon Trail yang panjang, Alhamdulillah.... aku selamat.
Kali kedua aku melakukan aktiviti ber'Skyline Luge' dengan menempuh jalanan di sebelah kiri iaitu Jungle Trail yang pendek, Allahuakbar.... aku kemalangan.
Ternyata aku tidak fokus ketika kemalangan kecil yang pertama dan ternyata aku tidak berhati-hati sewaktu kemalangan kecil yang kedua.
Bukan kerana jarak.
Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, aktiviti ber'Skyline Luge' di Sentosa ternyata menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment