Pada petang ini, aku menemui Dr Emran yang baik hati di kliniknya.
Dia menasihati aku agar memberikan komitmen dalam proses rawatan diri.
Nasihat Dr Emran itu amat ringkas.
Berpaksi kepada perkataan 'komitmen' yang harus aku berikan sepenuh hati dan sepenuh jiwa memandangkan sebelum ini, aku kurang bersungguh-sungguh dalam mengusahakan proses rawatan diri.
Kurang kesungguhan itu berpunca daripada kebingungan dan kekeliruan yang melanda diri.
Bersyukurlah wahai hati kerana mempunyai seorang doktor yang memahami.
Aku harus memberikan komitmen dalam proses rawatan diri dengan terlebih dahulu melengkapkan 'maklumat' yang doktor perlukan.
Berilah seminggu lagi kepadaku setelah hampir sebulan aku tidak melakukan apa-apa sejak mula-mula menerima 'fail' itu pada 4 September.
Berikanlah komitmenmu wahai Noraini.
No comments:
Post a Comment