5 Oktober 2013, Sabtu.
Jalan keluar (Exit) B kususuri dari Stesen MRT Raffles Place untuk menemukan kami.
Kami mengorak langkah ke Masjid Moulana untuk beriktikaf sementara menanti waktu solat Maghrib.
Menjamu selera di kedai makan terdekat yang dikunjungi tempoh hari.
Bahkan aku memilih tempat duduk yang sama seperti tempoh hari.
Aku sekadar minum air epal sejuk dan teh o panas kerana tidak berasa lapar.
Sesudah itu, kami mengorak langkah menuju ke Sungai Singapura terlebih dahulu untuk melihat pemandangan sungai.
Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama kami, aku berhasrat membeli ais krim di Mc Donalds.
Kami harus berpatah balik.
Burger dua dolar turut kubeli.
Dalam perjalanan ke Espalande, kami bergambar dengan si patung-patung Sungai Singapura.
Setelah itu, kami duduk di Jambatan Espalande untuk makan ais krim.
Pertunjukan cahaya dari Marina Bay Sands mempesonakan.
Meskipun ini adalah kali kedua aku menikmati pertunjukan yang ternyata menghidupkan suasana yang gah dan romantik, Alhamdulillah ada sesuatu yang lebih istimewa kali ini.
Berpunca daripada soalan... "Mengapa Marina Bay Sands ada 3 menara?"
Jawapan yang menghiburkan... "I Love You."
Kajian yang dilakukan agar pertunjukan cahaya itu memberi makna yang bersifat spiritual kepada kami adalah bacaan daripada Surah An Nur, khususnya ayat 30, 31 dan 32.
3 buah menara Marina Bay Sands yang tersergam megah itu seharusnya sentiasa mengingatkan kami tentang ayat-ayat cinta daripada Allah kepada kaum lelaki dan wanita.
Pertunjukan cahaya yang terpancar indah itu seharusnya sentiasa mengingatkan kami tentang salah satu surah yang terkandung dalam Al Quran, khususnya Surah An Nur.
Akhirnya, kami ke Esplanade untuk menikmati suasana teluk yang berangin sebelum kami mengorak langkah pulang.
Kami berpisah di dalam Stesen MRT Raffles Place.
No comments:
Post a Comment