Friday, December 4, 2020

Nikmat Bahagia: Hujan, Kemaafan dan Keputusan

Alhamdulillah.

Daku dikurniakan nikmat rasa bahagia pada ketika ini.

Seperti watak Cha Ji Won dalam drama Korea yang amat aku sukai iaitu Flower of Evil yang berasa bahagia apabila turunnya hujan, begitu juga diriku pada waktu ini.

Nikmat hujan sedang mencurah-curah membasahi bumi Jurong East sewaktu aku menaip pos ini.

Sebenarnya, daku bahagia kerana menerima panggilan daripada Josh yang meminta maaf atas kesilapannya.

Alhamdulillah.

Sebagai insan yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan, aku juga meminta maaf atas tindakanku.

Aku juga mengirim mesej Whatsapp kepada ibunya setelah sekian lama hubungan kami terputus.

Inisiatif ibunya kuanggap lahir daripada hati yang tulus.

Meminta maaf dan memaafkan ialah nikmat dalam kehidupan.

Alhamdulillah.

Josh memaklumkan kepadaku bahawa dia memperoleh gred A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Begitu juga dengan Trev yang mengirim mesej Whatsapp kepadaku untuk memaklumkan bahawa dia memperoleh gred A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Nikmat untuk mereka berdua adalah nikmat untukku juga.

Tiga nikmat ini menguntumkan rasa bahagia bagi insan kerdil bernama Nuraini.

Alhamdulillah.

Nikmat hujan yang mensejahterakan.

Nikmat kemaafan yang menenangkan.

Nikmat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Terima kasih wahai Tuhan yang melimpahkan nikmat kepada hamba-hambaNya.





No comments:

Post a Comment