Friday, February 24, 2023

Start Up dan Park Hye Ryun

Beberapa kali atau banyak kali aku menangis semasa aku tonton drama Start Up kerana terdapat babak dan dialog yang sungguh mencengkam sanubari.

Nama penulis skrip drama 16 episod ini ialah Park Hye Ryun.

Berdasarkan lelaman Asian Wiki, skrip drama pertama beliau diterbitkan / ditayangkan pada tahun 2005.

Drama Start Up pula diterbitkan / ditayangkan pada tahun 2000.

Antara banyak karya beliau, tidak satu pun yang pernah aku tontoni kecuali Start Up yang harus aku puji. 

Karya beliau memperlihatkan kebijaksanaan beliau dari perspektif EQ, IQ dan SQ beliau.

Nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi ialah tunjang utama drama Start Up.

Ihsan.

Kajian dan pengetahuan penulis mengenai dua bidang iaitu teknologi dan keusahawanan tersulam kemas dan indah.

Ilmiah.

Kebergantungan Grandma kepada Pencipta menjadikan beliau tulang belakang yang tulus dan 'selfless'.

Ikhlas.

Masya Allah.

Karya yang inspiratif, Alhamdulillah!



No comments:

Post a Comment