Sunday, December 4, 2022

Regret

Regret.

It is in fact more challenging to 

2. Learn from it. Try and take an objective view of what happened. Why did you do/decide what you did? This is not an opportunity to bash yourself, but rather to examine the event critically. You can learn a lot about how you make decisions by trying to understand what went awry. Do you need to do a better job next time of gathering information? Do you need more time to think something through? Are you unduly influenced by others? Note what you need to do differently the next time you have a decision to make.

than to

1. Own it. Yes, whatever it is that happened, happened. You made the wrong choice, said the wrong thing, went in the wrong direction. Whatever it is, it’s done. And you know what? It’s over. The fact of the human condition is that you won’t always choose wisely, and you won’t choose in your best interests every time. Sometimes you don’t have the right information. Sometimes emotions overrule your thinking, sometimes thinking overrules your “gut." You might not have enough time to consider options, or you might have pressure on you to choose a way. Whatever it is, the bottom line is that the conditions are not always optimal for anyone to make the perfect decision every time. Give yourself a break. Own it and love yourself anyway. It’s done and you can’t go back in history and rewrite. Cry. Mourn. Scream. Pound the pillows. Do whatever you need to (without harming yourself or others) to get the emotion out, then let it go.

Masya Allah!

Source: Letting Go of Regrets | Psychology Today

Thursday, October 20, 2022

Persamaan antara My Love From The Star dan The Legend Of The Blue Sea

Apabila aku menonton My Love From The Star baru-baru ini, ingatanku terimbas kembali kepada The Legend Of The Blue Sea.

Terdapat persamaan yang ketara iaitu pelakon utama (wanita) yang sama.

Beliau bukan pelakon yang daku minati.

Selain itu, persamaannya adalah kewujudan watak fantasi iaitu ikan duyung dalam Legend Of The Blue Sea dan makhluk asing dalam My Love From The Star.

Persamaan yang menarik dalam kedua-dua drama ialah latar masa yang menjangkau ke zaman dahulu dan zaman kini.

Kisah ikan duyung dalam LOTBS berlatarbelakangkan tahun 1598 hingga kini manakala kisah makhluk asing dalam MLFTS berlatarbelakangkan 400 tahun lalu hingga kini.

Sesungguhnya, aku amat meminati drama Korea yang berlatarkan zaman silam.

Rupa-rupanya, pada petang ini, aku mendapat tahu bahawa kedua-dua karya ini iaitu LOTBS dan MLFTS ditulis oleh wanita yang sama iaitu penulis bernama Park Ji Eun.

Namun, karya beliau yang paling aku minati bukanlah LOTBS mahupun MLFTS.

Karya komedi romantik antara dua watak dari Korea Selatan dan Korea Utara yang beliau hasilkan dengan begitu empati tentang nilai kemanusiaan menjadi pilihanku.

Tidak lain dan tidak bukan iaitu drama Crash Landing On You.

Aku masih belum selesai menonton LOTBS sehingga kini kerana aku tidak begitu menyukai watak utama (wanita) yang diperlihatkan terlalu menagih cinta dan kasih daripada watak utama (lelaki). 

Lakonan pelakon wanita itu tidak menjadi masalah tetapi aku kurang menyenangi watak utama (wanita) itu.

Watak utama (wanita) dalam MLFTS lebih berperibadi teguh walaupun sebenarnya, dia masih mempunyai kelemahan yang sama iaitu menagih cinta dan kasih daripada watak 'hero'.

Aku sudah selesai menonton MLFTS kerana aku 'skip' bahagian tertentu agar aku dapat mengetahui kesudahan cerita ini.

Bagiku, MLFTS lebih bagus jika dibandingkan dengan LOTBS yang agak membosankan walaupun kedua-dua karya ini mempunyai 'back story' yang menarik - merentas masa lampau.

Adakah aku akan menyelesaikan LOTBS?

Aku telah mencuba.

Bahkan, aku 'skip' bahagian tertentu untuk segera menyelesaikannya tetapi aku tidak tertarik dan berasa bosan.

Maka, sehingga kini aku tidak mengetahui kesudahan cerita LOTBS memandangkan aku seperti tidak ambil peduli kepada kedua-dua watak utama dalam drama itu.

Lagipun, aku tidak meminati watak 'hero' dan pelakon utama (lelaki) dalam karya LOTBS. 

Maka, tidak ada 'pulling factor'.

Berbeza dengan MLFTS, aku meminati watak 'hero' dan pelakon utama (lelaki) dalam karya itu semenjak pertama kali mengikuti lakonannya dalam It's Okay To Not Be Okay.

Nama pelakon utama (lelaki) itu ialah Kim Soo Hyun.

Sunday, October 9, 2022

Heartbreaking story of a single father: What Happens To My Family?

What Happens To My Family?

Tajuk sebuah drama Korea yang berkisar tentang tema keluarga dan kekeluargaan.

Remuk-redam melihat sikap dan layanan anak-anak Cha Sun Bong terhadapnya.

Sun Bong ialah seorang warga emas dan seorang bapa tunggal.

Beliau kematian isteri semenjak kelahiran anak bongsunya, Dal Bong.

Isu aset dan harta yang diinginkan dan direbutkan oleh ketiga-tiga orang anaknya sedangkan beliau masih hidup ialah isu yang meremukkan perasaan.

Sejauh 25 episod menonton drama ini, aku menyukai drama ini kerana isu-isu yang terkandung dalam drama ini cukup dekat di hati (relatable).

Antara isu-isu yang dikemukakan ialah

- anak lelaki Sun Bong iaitu Gang Jae yang tidak mengasihi ayahnya bahkan berdendam dengan ayahnya hanya kerana ayahnya miskin

- anak-anak yang tidak mengambil berat terhadap ayah mereka dan sebaliknya mengambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan ayah mereka terutama sekali anak lelaki Sun Bong iaitu Gang Jae dan anak perempuannya iaitu Gang Sim

- anak-anak yang menginginkan dan merebut aset dan harta bapanya yang masih hidup tanpa perasaan malu mahupun perasaan bersalah

- perihal tipu daya hartanah melalui kontrak yang sah

- sifat tamak dan licik dalam diri manusia apabila berkaitan dengan aset dan harta

- sifat sombong dan biadab anak-anak terhadap orang tua mereka hanya kerana mereka lebih berpelajaran, berkerjaya dan berjaya

Aku bandingkan drama ini dengan sebuah drama yang juga berkisar tentang tema keluarga dan kekeluargaan iaitu Mother Of Mine yang pernah aku tontoni beberapa tahun lalu.

Watak utama dalam drama Mother Of Mine berfokuskan seorang warga emas yang merupakan seorang ibu tunggal.

Namun, watak utama dalam What Happens To My Family? berfokuskan seorang warga emas yang merupakan seorang bapa tunggal.

Kedua-dua watak utama menghadapi cabaran dalam membesarkan anak-anak mereka.

Namun, drama What Happens To My Family? lebih menusuk qalbu dan meremuk-redamkan perasaan kerana drama ini mengetengahkan isu-isu yang lebih berat terutama sekali mengenai anak-anak kandung yang tidak beradab dan tidak kenang budi.

Bagiku, penulis cerita atau penulis skrip What Happens To My Family? berjaya memaparkan tema keluarga dan kekeluargaan dengan menyeluruh, mendalam dan meluas.

Dekat di hati!

Episod 24 ialah episod yang memuaskan hatiku apabila Cha Sun Bong yang lemah-lembut dan penyabar akhirnya naik angin dan memarahi dua orang anaknya iaitu Gang Jae dan Gang Sim sedangkan sebelum ini, beliau terlalu merendah diri dan berlembut terhadap anak-anaknya sendiri.

Subhanallah.

Sunday, September 11, 2022

Lima watak dalam Hello, My Twenties! Ye Eun

Aku mengambil masa yang lama untuk memulakan penulisan tentang watak Ye Eun.

Sebab utamanya ialah aku tidak meminati, menyukai atau menggemari watak ini.

Watak yang keanak-anakan, oportunis, kurang matang dan suka memekik.

Namun, sebenarnya watak ini perlu dalam drama Hello, My Twenties! kerana watak ini menimbulkan banyak konflik antara dia dengan watak lain.

Konflik pertama ialah dengan Eun Jae yang berwatak lembut dan lurus.

Konflik kedua ialah dengan Yi Na yang dicurigai dan dicemburui oleh Ye Eun.

Konflik ketiga ialah dengan ......

Walaupun watak ini tidak aku minati, sukai atau gemari, watak ini ialah pelengkap yang perlu.


Wednesday, September 7, 2022

Lima watak dalam Hello, My Twenties! Jin Myung dan Yi Na

Tegas, terus terang, teguh, tenang, matang dan berani.

Perwatakan ini ada pada tiga watak utama dalam Hello, My Twenties! iaitu Ji Won, Yi Na, Jin Myung.

Itulah persamaan antara mereka bertiga.

Namun, mereka tetap berbeza.

Ji Won penceria suasana dan penghibur rakan-rakan, baik di rumah sewa mahupun di pejabat tempat dia bekerja sambil belajar sebagai wartawan. 

Berbeza dengan Jin Myung yang jauh lebih serius, kurang berbicara dan berbicara jika perlu sahaja.

Perwatakan Yi Na pula adalah pertengahan antara Ji Won dengan Jin Myung kerana Ji Won terlalu ramah manakala Jin Myung kurang mesra.

Jin Myung jarang ada di rumah sewa mereka kerana dia terlalu sibuk bekerja untuk membiayai perbelajaan diri sendiri yang masih belajar serta menampung perbelanjaan ibu dan adik lelakinya.

Hubungan Jin Myung dan Yi Na adalah unik kerana ada sesuatu tentang Yi Na yang hanya diketahui Jin Myung tetapi rahsia itu tetap disimpan rapi oleh Jin Myung memandangkan dia bukan seseorang yang suka berkongsi tentang dirinya atau keluarganya apatah lagi bercerita tentang orang lain kepada sesiapa.

Kecekalan dan kegigihan Jin Myung yang bertungkus-lumus bekerja di tiga tempat berbeza sambil belajar sebenarnya dikagumi oleh Yi Na yang tidak selesa dengan kehidupan Jin Myung yang dianggap susah.

Yi Na lebih selesa untuk menjadi pendamping kepada lelaki-lelaki berharta sebagai mata pencarian.

Ironisnya, Jin Myung bekerja di tiga tempat berbeza manakala Yi Na mendampingi tiga orang lelaki berbeza dengan matlamat yang sama iaitu mendapatkan wang.

Jin Myung masih tetap mengalami masalah kewangan manakala Yi Na bermewah-mewahan dengan pakaian dan aksesori berjenama. 

Dalam rumah sewa mereka, hanya Jin Myung yang mengetahui latar belakang Yi Na yang sebenar.

Namun, setelah latar belakang itu terbongkar, kedua-dua Jin Myung dan Ji Won tidak bersikap menghukum terhadap Yi Na.

Lebih menyentuh perasaan adalah apabila Yi Na mengambil berat tentang masalah kewangan yang Jin Myung hadapi. 

Yi Na pernah berlari untuk mengejar Jin Myung kerana difikirkannya bahawa Jin Myung perlu memakai kasut yang lebih elok untuk sesi interviu yang akan dihadiri.

Yi Na mengambil berat tentang penampilan manakala Jin Myung kurang mengambil berat tentang penampilan kerana terlalu sibuk dan mempunyai kekangan kewangan.

Perkara yang paling menyentuh perasaan ialah kecekalan dan kegigihan Jin Myung yang menjadi inspirasi dan aspirasi kepada Yi Na hingga akhirnya dia memilih jalan hidup yang lebih terhormat iaitu mencari rezeki melalui cara yang bermaruah tanpa disuruh, tanpa ditegur, tanpa dinasihati dan tanpa diceramah oleh Jin Myung.


Monday, September 5, 2022

Lima watak dalam Hello, My Twenties! Ji Won

Watak utama yang paling aku sukai dan senangi serta sayangi ialah watak Ji Won yang dilakonkan dengan begitu menyerlah sekali oleh Park Eun Bin.

Watak Ji Won seorang yang ceria, kelakar, gila-gila, penghibur, nakal, bijak, ambil berat dan baik hati.

Aku tertarik dengan watak ini kerana kelucuannya yang luar biasa dan sentiasa menghiburkan hati, keprihatinannya bak seorang kakak dan kawan kepada rakan-rakan yang lain terutama sekali Eun Jae dan kebaikan hatinya sebagai seorang insan yang lebih memilih untuk memahami dan tidak menghukum (judgemental).

Watak yang menjadi penyandar atau penguat untuk watak Eun Jae yang mengalami masalah keyakinan diri.

Antara perangai buruk Ji Won ialah dia tidak menjaga tatatertib sebagai seorang wanita terutama sekali apabila dia bersama rakan baiknya, Sung Min yang kerap juga dibulinya.

Selain itu, Ji Won selalu dan terlalu tidak malu untuk mengakui bahawa dia berkeinginan untuk mempunyai teman lelaki serta ditiduri mereka.


Sunday, September 4, 2022

Lima watak dalam Hello, My Twenties! Eun Jae

Lima watak dalam Hello, My Twenties!

Kelima-lima mereka ialah watak utama yang mempunyai cerita dan menghadapi cabaran masing-masing. 

Namun, drama ini bermula dengan watak Eun Jae yang sedang bermonolog dalam nada yang mendatar dan hambar kerana begitulah wataknya.

Watak yang tidak ceria dan kurang bersemangat dalam meniti kehidupan.

Apabila disusuri episod demi episod, barulah dimengerti bahawa Eun Jae sebenarnya ada memendam rahsia yang cukup membebani jiwanya.

Maka, wajarlah watak ini tidak ceria dan kurang bersemangat.

Seandainya aku berada dalam situasi Eun Jae, aku tidak dapat menafikan bahawa aku juga akan berperilaku sebegitu.

Bagiku, watak Eun Jae ialah watak paling utama dalam Hello, My Twenties Siri 1.

Kredit: Internet / JTBC

Sedikit sebanyak tentang kelima-lima watak ini boleh dibaca melalui lelaman atau blog lain.

Antara yang ingin aku kongsi ialah penulisan oleh Saudara John melalui lelaman berikut:

https://www.hercampus.com/school/la-verne/hello-my-twenties-review/