Saturday, February 5, 2011

Nak Citer Ni: Bergambarlah

Rindu kepada mereka bertamu di hati apabila melihat gambar mereka.

Mereka yang dimaksudkan adalah si cilik iaitu anak-anak muridku sewaktu aku menjadi seorang guru bahasa Melayu.

Alhamdulillah, seronok sangat apabila hard disk aku telah dipulihkan dari serangan virus yang cukup menstreskan aku semester lepas. Virus tu pun aku perolehi dari Facebook semester lepas. Menyerang laptop. Menjejas thumb drive. Kemudian, menyerang hard disk kerana aku yang kurang bijak ni telah bertindak dalam cemas. Akhirnya, menjejas desktop di rumah. Itupun sekali lagi kerana aku yang kurang cerdik ni telah bertindak kerana kurang sabar.

Alhamdulillah, laptop aku telah dipulihkan dengan bantuan computer expert di Singapura. Manakala thumb drive aku telah aku re-format sendiri. Minggu cuti ni iaitu pada hari Rabu, aku telah ke API untuk mendapatkan khidmat merawat hard diskku yang telah tenat. Alhamdulillah, pulih! RM 5 sahaja upahnya. Padahal aku ada lah stres dan sangat stres semenjak semester lepas dek segala virus yang menyerang kesemua gadgetku.

Sekarang, cuma tinggal desktop di rumah yang perlu dipulihkan. Andai ada kesempatan dan masa, harus aku usahakan merawat desktop tu kerana Anti Virus 2011 (Norton) sudah pun ada dalam tangan. Yang belum ialah save mana-mana fail yang penting dan re-format.

Oleh sebab aku dah boleh gunakan hard disk aku dengan selamat, apa lagi aku pun rujuk fail-fail dan gambar-gambar yang terkandung dalam hard diskku tu.

Hatiku dicengkam rindu. Rindu kepada mereka yang jauh di mata.

Apa tak nya. Dah lebih setahun setengah berpisah.

Melihat gambar mereka, aku teringat kenangan lalu dan suasana bersama mereka. Keletah mereka. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara aku dengan mereka. Jiwaku dicengkam rindu.

Melihat gambar mereka mengubat rindu. Kini, aku sedar bahawa gambar penting padahal aku bukanlah seseorang yang suka bergambar dan boleh dikatakan tidak minat bergambar. Mengambil gambar orang pun tak suka atau tak minat. Bahkan, aku rasa macam rimas sangat apabila orang asyik bergambar. Sangat rimas.

Aku rasa aku dah sedar sekarang bahawa gambar penting. Gambar merakam peristiwa tertentu yang akan menjadi kenangan pada masa akan datang atau suatu hari nanti.

Selama ni, aku memang minat videografi kerana aku lebih suka merakam kelakuan. Mungkin gambar tidak se'authentic' video tetapi gambar tetap penting. Dah tiga kali aku sebut gambar penting. Ahakz.

Aku rasa budaya berFacebook telah mendedahkan aku kepada budaya bergambar dan sekaligus mempengaruhi mindaku di bawah sedar. Aku rasa juga apabila aku berada di UM iaitu pengalaman pertama berjauhan dari negara sendiri selama bertahun-tahun telah memotivasikan aku kepada budaya bergambar. Aku rasa apabila melihat gambar-gambar yang lalu juga, hatiku semacam terisi dengan kenangan. Hmmm.... jadi aku dah sedar gambar tu penting.

Bergambarlah selagi ada peluang bergambar. Mungkin aku pun tidaklah menjadi seseorang yang akan suka atau minat bergambar tetapi sekurang-kurangnya, bergambarlah andai ada peluang.

OK. Lihatlah gambar-gambar yang ada ni. Terkilan juga sebab tak banyak tapi sekurang-kurangnya ada. Gambar mereka tanpa aku kerana alkisahnya, aku memang tak suka dan tak minat bergambar.


Gabungan kelas 2F, 2G, 2H dan 2I untuk kelas bahasa Melayu dalam tahun 2008.

Di kolong bangunan sekolah. Di sinilah mereka berhimpun selepas waktu makan. Di sinilah tempatnya juga aktiviti luar darjah boleh dijalankan.

Majoriti kelas ini adalah pelajar lelaki. Memang riuh dan mereka penuh dengan tenaga. Eloklah kelas mereka pada awal waktu kerana pada waktu itu, guru masih bertenaga. Huhuhuhuhu.

Jika tidak silap, Danial namanya. Dengar cakap. Budak baik.

Inilah calon menantuku. Eh, bukan. Ahakz. Inilah ketua darjahku. Romie. Sangat rajin. Sangat berdisiplin. Sangat boleh diharap. Tapi dia perasa orangnya. Jika dimarah sedikit pun, akan mudah mengalirkan air mata. (Itu tanda dia romantik. Hehehehe.) Jadi tak payahlah marah dia. Tenung dan jeling dah cukup. Ahakz. 

Nama dia Alif. Seperti Romie, dia juga sangat rajin. Sangat berdisiplin. Sangat boleh diharap. Ciri kepimpinannya lebih menyerlah. Dia berani berterus-terang tentang apa yang dia fikir. Tegas tapi tidak garang. Matang. Sengaja aku gandingkan dia dengan Romie untuk membantu ketua darjahku agar kelembutan jiwa Romie dapat diperkukuhkan. Ahakz.


2 comments:

  1. Gambar-gambar anak murid awak membuatkan sy rindu pd anak murid sy. =( tp sy terubat dgn nama seorang pelajar yg bernama Romie tu. Romie & Julie?

    ReplyDelete
  2. Wahai Anonymous yang tidak anonymous langsung. Ahakz. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya bak seorang spy yang sungguh rinci dalam pengkajiannya dan membaca post saya. Terima kasih kerana memberi komen. Romie tu sungguh sweet dot com personalitinya. :) Kanak-kanak penyeri hidup meskipun mereka juga akan menguji kesabaran tahap boiling point. Berkepul-kepul asap keluar daripada otak dan hati tapi merekalah ahli syurga yang mulia sebenarnya....

    ReplyDelete