Tersentuh nurani ini mendengar kelembutan alunan tiga suara.
Suara seorang lelaki mendidik seorang anak kecil membaca surah Al Qadr (surah Lailatul Qadr).
Suara seorang anak kecil (barangkali perempuan) mengikut sama membaca surah Al Qadr (surah Lailatul Qadr).
Suara wanita-wanita menasyidkan secara harmoni surah Al Qadr (surah Lailatul Qadr).
Suara-suara yang indah membelai nurani.
Suara-suara itu jugalah yang telah dijadikan alat untuk mendidik dan menjinakkan jiwa-jiwa kepada Pemilik suara dan surah itu sendiri.
Lirik nasyid ini indah dan sempurna kerana mengandungi warkah cinta daripada Pemiliknya iaitu surah Al Qadr.
Melodi nasyid ini pula ternyata menenangkan jiwa.
Seandainya tetamu Nurani Nurain ingin dibelai dengan lagu yang indah ini, silalah ke
http://mawaddah.com.my/world/
Di bahagian kanan lelaman itu terdapat Mawaddah Music Box.
Sila pilih lagu yang kelapan iaitu Lailatul Qadr.
Keindahan seni suara dan muzik yang ternyata menyentuh nurani dan BEST.
Lagu-lagu lain seperti Rabiul Awal dan Patut Bersyukur pun best.
:) Nikmatilah.
No comments:
Post a Comment