Aku telah jatuh cinta dengan genre muzik/tari K Pop.
Bukan cinta pandangan pertama tetapi cinta yang entah dari mana tiba-tiba menggila dalam jiwa.
Sebelum ini, apabila Khairiyyah, teman sebilikku yang meminati K Pop memperlihatkan klip video K Pop kepada aku, aku hanya menonton untuk memenuhi permintaannya.
Tanpa perasaan.
Sekarang ini, apabila Firda, anak muridku yang meminati K Pop memperlihatkan gambar artis K Pop kepada aku serta selalu membicarakan tentang K Pop di dalam kelas, aku hanya melayani dia seadanya agar dia tidak tersinggung.
Tanpa perasaan.
Tiba-tiba entah mengapa dan bagaimana, aku telah jatuh cinta dengan K Pop.
Dengan tidak semena-mena, aku telah jatuh cinta dengan K Pop.
Apabila Cikgu Janah menyatakan bahawa dalam budaya kita ada persembahan dikir barat dan boria untuk diperkenalkan kepada murid dan persembahan seperti ini perlu diperjuangkan, hatiku berbisik..... "Mana mungkin mereka minat dikir barat dan boria sedangkan K Pop lebih menarik hati."
Mungkin bisik hatiku tidak tepat kerana dikir barat dan boria perlu dikenali sebelum dicintai.
Namun, entah mengapa hatiku tertarik kepada K Pop.
Apatah lagi mengingatkan para pelajar lelaki yang hiper-hiper belaka dari kelas 2D.
Apakah mereka meminati dikir barat?
Mungkin.
Apakah mereka meminati boria?
Tidak mungkin.
Apakah mereka meminati K Pop.
Sudah tentu.
Walaupun aku belum pernah bertanya kepada mereka... para pelajar lelaki yang hiper-hiper belaka dari kelas 2D tentang pandangan mereka terhadap K Pop, aku sendiri telah jatuh cinta dengan K Pop.
Ingin kurakamkan gambar-gambar salah sebuah kumpulan artis K Pop perempuan dalam blog ini sedangkan semalam, aku telah mendengar salah satu syarahan Ustaz Azhar Idrus dalam Youtube yang menyatakan bahawa genre muzik/tari K Pop ini mengandungi banyak unsur haram.
Aku bersetuju dengan syarahan yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus.... namun, cinta telah membutakan mataku.
Oleh sebab aku sedar aku perlu menjaga imej blog aku ini, aku hanya memaparkan gambar artis perempuan K Pop yang berpakaian tidak menjolok mata.
No comments:
Post a Comment