Kamus Lengkap (1990: 310) telah mentakrif gong sebagai sejenis alat bunyian seperti talam besar yang dibuat daripada logam dan dipukul untuk dibunyikan. Selain daripada itu, Kamus Besar Bahasa Melayu (2002: 552) pula menyenaraikan beberapa nama lain untuk gong iaitu canang besar, mungmungan, kemung dan kenung manakala gong kecil pula diberi nama canang, bende, bendir, mungmung, tawak-tawak, celempong, telempong dan geloneng.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 481)
mendefinisikan gong sebagai canang besar atau sejenis alat bunyi-bunyian
daripada logam yang bertombol dan dibunyikan dengan dipalu. Kamus Dewan Edisi
Keempat turut merakamkan fungsi dua jenis gong iaitu gong pelaung dan gong
pengerah. Gong pelaung berfungsi sebagai gong yang dibunyikan untuk memanggil
manakala gong pengerah pula berfungsi sebagai gong untuk menghimpunkan atau
mengerahkan askar-askar, pekerja-pekerja dan lain-lain. Ternyata, gong bukan
sekadar sejenis alat muzik Melayu tradisi. Sebenarnya, gong mempunyai fungsi sosial
yang cukup penting. Fungsi sosial yang dimaksudkan adalah menarik dan
mendapatkan perhatian golongan tertentu dengan tujuan tertentu pada waktu
tertentu.
Sebuah ensiklopedia berjudul
‘Encyclopedia of Percussion’ oleh John H Beck (2007: 33) menyenaraikan tujuh
belas jenis gong. Pada dasarnya, gong diperikan sebagai alat perkusi berbentuk
bulat dan diperbuat daripada logam. Namun, terdapat gong yang leper, melengkung
atau berbonjol. Gong tentunya akan digantung dan dipalu pada bahagian tengah
dengan pemukul gong yang lembut permukaannya. Deskripsi yang diberikan oleh
John H Beck terakam seperti berikut
“Gong is a circular metal percussion disk
having a definite or indefinite pitch. It may be flat, curved, have a central
boss, curved or flat edges, is hung vertically, and is hit in the center by a
soft beater.”
Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1999:
10) dalam ‘Pengantar Muzik Malaysia’ menyenaraikan dua jenis going iaitu gong
berbonggol yang digantung dan gong yang disusun secara mendatar dalam rak kayu.
Kedua-dua jenis gong ini adalah di antara alat-alat muzik yang terdapat dalam
gamelan Jawa iaitu sejenis muzik yang mengiringi seni lakon Melayu tradisi
iaitu wayang kulit Jawa. Gong-gong berbonggol yang digantung dikenali sebagai gong
agung, gong suwukan dan kempul manakala gong-gong yang disusun secara mendatar
dalam rak kayu dikenali sebagai ketuk, kenong dan bonang. Lantas, dapat
dibezakan secara langsung bahawa terdapat dua jenis gong yang dimainkan dalam
gamelan Jawa. Perbezaan ini dapat dikenal pasti hanya dengan
melihat kedudukan gong itu sendiri sama ada yang digantung atau diletakkan
secara mendatar.
Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1997:
8) pula dalam ‘Muzik Malaysia :
Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik’ mendeskripsikan alat-alat orkestra wayang
Jawa yang terdiri daripada beberapa gong gangsa. Gong gangsa yang dimaksudkan
ialah tetawak, mong dan canang. Selain daripada wayang Kulit Jawa dan wayang
Jawa, Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1997: 7) juga telah menyatakan
tentang penggunaan ‘gong-chime’ atau mong dalam wayang gedek iaitu sejenis
wayang kulit yang berasal dari Thai. ‘Gong-chime’ atau mong dikatakan terdiri
daripada dua gong berbonggol yang diletak mendatar dalam sebuah kotak kayu. Sebenarnya,
instrumen mong yang dimainkan dalam orkestra wayang Jawa dan instrumen ‘gong-chime’
atau mong dalam orkestra wayang gedek merujuk kepada instrumen bonang dalam
orkestra wayang kulit Jawa.
Aliman Hassan (2007: 33) pula merakamkan tentang dua jenis saiz gong iaitu gong besar dan gong kecil dalam buku beliau ‘Sanggan Budaya’. Menurut Aliman Hassan lagi, gong diperbuat daripada gangsa yang dicampur timah manakala gong besar diperbuat daripada tembaga kuning. Di tengah-tengah gong ditonjolkan sedikit (timbul) untuk dipalu bagi mengeluarkan bunyi. Gong digantung agar bunyinya berdengung.
Seorang pemblog[1] iaitu Syed Mahadzir Syed Ibrahim telah merakamkan kajian beliau tentang satu lagi jenis gong yang dikenali sebagai tetawak. Aliman Hassan (2007: 33) pula menyebut tawak-tawak. Menurut pemblog, tetawak biasanya digantung dan bahagian busut pada tetawak itulah yang dipalu. Tetawak dipalu untuk mendapatkan perhatian masyarakat kampung sekiranya berlaku kejadian-kejadian tertentu di dalam kampung seperti hal kematian, hal pencerobohan atau panggilan untuk bergotong-royong.
Latar
Belakang Ringkas Tentang Gong
Gong merupakan sebuah alat bunyian yang
ditemui kebanyakannya di Asia Tenggara. Gong mula-mula diketahui kewujudannya
di tanah besar Cina pada abad ke-6. Namun, gong yang ditemui seawal itu
berbentuk leper seperti talam yang diperbuat daripada gangsa. Kemudian, gong
dicipta seperti bentuk mangkuk besar dan mendalam. Permukaan gong melengkung
dan berbonjol di tengah. Pemerian tentang gong yang paling awal ditemui telah
dirakam dalam buku ‘Musical
Instruments Of The World’ oleh Ruth Midgely (1997: 106) seperti berikut
“Found most commonly in Southeast Asia, the
gong was known in China
in the 6th century AD. The earliest examples were flat bronze plates
although many later gongs have a bulging surface or a raised central boss.”
Pada awalnya, gong tidak digunakan sebagai alat muzik melainkan sekadar sebagai talam untuk mengisi air agar kegiatan mencuci dapat dijalankan. Begitulah yang tercatat dalam buku yang ditulis oleh James Blades (1971: 93)
“‘The lo or what
the Javanese in imitation of the sound call a gong, was at first nothing more
than a platter for washing, or other similar purposes.”
[1] Dipetik
daripada http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2010/11/kajian-budaya-iv.html
pada 13 Februari 2011.
tERIMA KASIH, Sungguh bermaklumat
ReplyDeleteSama-sama. :) Semoga bermanfaat.
ReplyDeleteawak.kita nak guna untuk assignment ok?
ReplyDeleteterima kasih :)