Antara objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah adalah
(1) mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam situasi formal dan tidak formal termasuk dalam siaran dan media massa serta memberikan respons yang wajar;
(2) bertutur dengan fasih dan jelas dengan menggunakan sebutan baku dan memberikan pendapat serta hujah-hujah yang kritis untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi;
(3) membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan cetak dan bukan cetak serta bahan digital, sama ada bahan sastera atau ilmiah, dengan cekap untuk memperoleh dan memproses ilmu dan dapat mengaplikasinya dengan berkesan;
(4) menulis pelbagai teks kreatif dan bukan kreatif dengan jelas dan berkesan bagi pelbagai tujuan, khalayak dan situasi.
No comments:
Post a Comment