Friday, June 27, 2014

E untuk Emma

E untuk Emma.

Seorang lagi pelakon yang cantik iaitu Emma Maembong.



Beliau adalah seorang pendatang baharu.

Aku hanya mengetahui tentang Emma Maembong setelah beliau hangat diperkatakan oleh media sebagai kekasih Zizan.

Oleh sebab aku berminat untuk mengetahui tentang status Zizan yang sebenarnya memandangkan sebelum ini Zizan pernah menjalinkan hubungan yang rapat dengan gadis kacukan yang cantik, aku ingin mencari tahu tentang Emma.

Menerusi klip video Keek beliau, ternyata Emma bukan sahaja cantik bahkan seorang gadis yang ceria.

Hubungan kasih sayang antara Emma dengan ayahnya, Emma dengan adik lelakinya dan Emma dengan adik beradik perempuan mampu mencairkan hati...

Antara perkara paling menarik ialah Emma mempunyai bakat melukis.

Thursday, June 26, 2014

E untuk Erin

E untuk Erin.

Gadis yang cantik ini adalah pelakon cilik yang comel dalam Terang Bulan.

Aku sedang menonton lakonannya sebagai watak utama segandingan dengan Izzue dalam drama komedi berjudul Ya Habibi.

Wednesday, June 25, 2014

D untuk Doa

D untuk Doa.

Doa adalah bicara hamba kepada Pencipta yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Mengerti dan Maha Bertindak.

Dalam bicara hamba terkandung pujian, pengakuan, luahan, penceritaan, permintaan atau permohonan dan pertanyaan.

Doa menandakan kita ada rasa bertuhan dan ada rasa kehambaan.

Tanpa doa, hubungan tidak rasmi antara hamba dan Pencipta akan hilang memandangkan solat adalah hubungan rasmi antara hamba dan Pencipta.

Kita memerlukan kedua-dua hubungan iaitu hubungan rasmi yang dikecapi melalui solat dan hubungan tidak rasmi yang diperolehi melalui doa.

D untuk Doa.

Doa tidak bersifat sehala.

Doa bersifat dua hala kerana Tuhan yang Maha Mendengar tidak sekadar mendengar bahkan menjawab atau berinteraksi dengan kita.

Bagaimana?

Ilmu, iman dan ihsan.



Ilmu tidak semestinya di sekolah mahupun daripada buku


Seandainya anak-anak menerima pendidikan di rumah dan di luar sekolah, pastikan pendidikan benar-benar berlangsung.

Aku tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh anak remaja ini.

Apakah pendidikan yang diterima anak-anak kita di sekolah dihayati ?

Penghayatan.

Ilmu perlu dihayati.

Sejauh mana anak-anak kita menghayati ilmu yang diterima?

Sejauh mana ibu bapa menerapkan penghayatan dalam ilmu yang digarap?

Sejauh mana guru-guru menghayati isi pelajaran yang disampaikan?

Sejauh mana sistem pendidikan menekankan peri penting penghayatan dalam pendidikan?

Novel remaja: My Life As An Alphabet

Novel remaja bertajuk 'My Life As An Alphabet' telah selesai aku baca.

Novel ini berkisar tentang seorang remaja perempuan yang bernama Candice.

Candice tidak sama seperti remaja lain di dalam kelasnya.

Berkemungkinan, Candice seorang insan autistik.

Namun yang pasti, Candice seorang insan unik yang mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa apatah lagi dalam usaha untuk menyatukan ibunya yang kemurungan (depressed) dan ayahnya yang kepedihan (bitter).

Ibu Candice kemurungan kerana anak keduanya yang masih bayi telah meninggal dunia.

Ayah Candice kepedihan kerana gagal dalam kerjaya yang diceburi sedangkan abangnya berjaya.

Penyampaian cerita dan pengwujudan watak lucu dan menghiburkan.

Tersenyum dan ketawa aku dibuatnya.

Tahniah kepada penulis Barry Jonsberg.

Insha Allah, akan aku cari novel lain yang ditulis oleh Barry Jonsberg.

Tuesday, June 24, 2014

C untuk Cinta

C untuk Cinta.

Cinta adalah sesuatu yang  didambakan setiap insan.

Kalau bukan kerana Cinta, mana mungkin acara Pink Dot diraikan dengan penuh gah tahun demi tahun kerana mereka amat menagih harapan agar cinta sesama jenis dapat diterima masyarakat.

Cinta tidak pernah lekang daripada menjadi tema utama dalam filem-filem dan lagu-lagu seantero dunia.

Cinta antara insan selalu dan sentiasa diperkatakan.

Ya Allah Tuhan Cinta Agung yang menjadikan insan, yang menjadikan fitrah untuk mencintai dan dicintai...

Ya Rasulullah Kekasih Allah yang memimpin insan, yang mengasihi umatnya agar bahagia dan selamat di dunia dan akhirat...

Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Cinta Al Quran... agar cinta kita di dunia ini dapat menyelamatkan kita di akhirat hingga kita bertemu semula di syurga dengan cinta.

Wahai golongan LGBT, ayuh bermujahadah walaupun kutahu tidaklah mudah.

Bermujahadahlah demi Tuhan Cinta Agung yang menjadikan insan dan yang menjadikan fitrah untuk mencintai dan dicintai.

Bermujahadahlah demi kekasih Allah yang memimpin insan dan mengasihi umatnya agar bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.

Wahai golongan LGBT, mungkin cinta itu tidak dapat dizahirkan di dunia kerana Allah telah memilihmu untuk mengadapi ujian luarbiasa di dunia yang sementara ini demi memperoleh cinta yang luarbiasa serta nikmat yang luarbiasa yang Allah simpan khas untuk kalian di syurga Allah yang luarbiasa.

Bukankah Allah yang Maha Pengasih yang mencipta kamu?

Bukankah Allah yang Maha Penyayang yang mencipta fitrah untuk mencintai dan dicintai?

Usah kita tertipu, menipudaya dan ditipudaya.

Insha Allah, andai ada golongan ulama yang sanggup dan sudi untuk memperbaiki masyarakat dengan  membetulkan sikap prejudis mereka terhadap LGBT, maka aku akan bersama golongan ulama itu untuk memerdekakan LGBT daripada nista prejudis.

Namun, itu tidak bererti aku menerima cinta sesama jenis kerana bukankah kita hamba Allah, umat Rasulullah serta pemegang amanah kalam Allah Al Quran yang menjadi panduan hidup.

Maka cinta sesama jenis yang perlu penzahiran dan penerimaan bukanlah sikapku.

Cinta sesama jenis perlu dimujahadahkan dengan ilmu, iman dan ihsan.

Ihsan terhadap golongan LGBT bererti mereka perlu dicintai, dikasihi dan disayangi berserta pimpinan ilmu dan belaian iman.

 
 
 

B untuk Bismillahirrahmanirrahim

B untuk Bismillahirrahmanirrahim.

Lafaz cinta yang paling agung kerana Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Kita dianjurkan melafazkan basmalah sebelum memulakan segala perkara yang baik.

Sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih yang diketengahkan oleh Allah sendiri.

Bukankah sifat ini sangat menyenangkan dan amat menenangkan?

B untuk Blog

B untuk Blog.

Blog 'Ketika Kalbu Dan Fikrahku Berpadu' merupakan blog keempat yang telah aku cipta.

Blog ini unik kerana merupakan satu-satunya blog yang tercipta di bumi Malaysia.

Pada waktu itu, aku menuntut ilmu di Universiti Malaya.

Sebelum itu, aku sudah pun mempunyai tiga blog.

Blog pertama ialah blog peribadi.

Blog kedua dan ketiga ialah blog profesional.

Blog pertamaku tidak dapat aku rujuk lagi kerana aku telah kehilangan nama blog itu, nama pengguna bagi blog itu dan kata laluan bagi nama pengguna itu.

Aku terlalu asyik dengn blog 'Ketika Kalbu Dan Fikrahku Berpadu' hingga blog pertamaku itu terpaksa menerima padah.

B untuk Buku

Adakala aku suka baca buku.

Adakala aku tidak suka baca buku.

Adakala aku suka beli buku.

Adakala aku tidak suka beli buku.

Adakala aku suka pinjam buku.

Adakala aku tidak suka pinjam buku.

Adakala aku suka buat koleksi buku.

Adakala aku tidak suka buat koleksi buku.

Monday, June 23, 2014

A untuk Allah

A (huruf rumi) untuk Allah.

Alif (huruf jawi) untuk Allah.

A (huruf hiragana) untuk Allah.

Kita harus didik anak-anak kita bahawa huruf pertama A dalam bahasa Inggeris bukan untuk Apple  atau huruf pertama A dalam bahasa Melayu bukan untuk Ayam.

Sesungguhnya, apple (epal) dan ayam adalah ciptaan semata-mata!

Sedangkan Pencipta Agung yang menjadikan setiap kita, setiap tumbuhan dan setiap haiwan ialah Allah.

A untuk Allah

A untuk Angggerik

A untuk Anggerik.

Sesungguhnya, bunga anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura.

Lebih daripada itu, bunga anggerik ialah bunga kegemaranku.

Mengapa dan bagaimana bunga anggerik menjadi pilihan kegemaranku bertitik tolak daripada sebuah cerita cinta pada zaman politeknik.

Bunga anggerik yang diutuskan sebagai tanda yang mewakilit hasrat di hatinya itu akan sentiasa menjadi satu kenangan manis.

A untuk Aiskrim

A untuk Aiskrim.

Satu-satunya aiskrim kegemaranku.

Produk Nestle iaitu Chocolate Obsession.

Seorang Nabila Huda

Watak antagonis dalam bidang lakonan.

Pencetus kontroversi dalam kehidupan nyata.

Semoga beliau memperoleh ketenangan jiwa dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Semoga beliau dipertemukan dengan seorang calon suami yang mencintainya sepenuh hati dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah.




Sunday, June 22, 2014

Bermula dengan perkenalan dan berakhir dengan perpisahan

September 2012 - Jun 2014

Bermula dengan niat...

Berakhir dengan niat...

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Lailahaillallah.

Allahuakbar.

Air mata menjadi saksi.

Suatu perkenalan yang indah kerana dalam taman hatinya ada taqwa kepada Pencipta.

Bersyukur kerana dipertemukan dengannnya dan disatukan hati-hati kami meskipun terpaksa berpisah jua.

Friday, June 20, 2014

Manfaat Neurobion

Manfaat Neurobion

http://www.merck.co.id/en/products/merck_consumer_health/product/adult/neurobion/neurobion.html

Semoga Allah yang Maha Mengubati dan Maha Mengasihani memberi manfaat kepadaku menerusi pil Neurobion yang perlu kuambil setiap pagi.

Neurobion mengandungi vitamin B1 (thiamin), B6 (pyridoxine) dan B12 (cobalamin).

http://www.livestrong.com/article/349077-what-are-the-benefits-of-vitamins-b1-b6-b12/



Aku sedang menonton filem yang terdiri daripada....

April.

Raphael.

Leonardo.

Donatello.

Michaelangelo.

Teenage Mutant Ninja Turtles.

Kembali ke zaman 90-an.


Aku sedang menonton...

Aku sedang menonton filem Gila-Gila Pengantin (2003) iaitu salah satu filem yang pernah mewarnai zaman laluku.

Sebuah filem yang menarik dan menghiburkan.

Tersenyum dan tertawa dibuatnya.

Watak utama dalam filem ini ialah Erra Fazira yang berlakon sebagai seorang guru tadika bernama Cikgu Aleya.

Watak sampingan bernama Wanda iaitu sepupu Aleya yang dilakonkan oleh Juliana Banos amat comel dan sangat lucu kerana tidak matang meskipun sudah bertunang.

Watak sampingan bernama Abang Dollah iaitu jiran sebelah rumah Aleya pula selalu marah-marah tetapi dialog yang diujarkan memang lucu.

Malam-malam terakhirku di kamar Chai Chee Avenue.

Thursday, June 19, 2014

Hujan malam atau pagi yang terakhirkah?

Hujan ketika insan sedang lena dalam alam mimpi.

Mungkinkah hujan malam atau pagi yang terakhir di kamar Chai Chee Avenue?


Wanita yang telah gagal dalam rumahtangga kedua mereka

4 orang artis wanita yang aku minati telah gagal dalam rumahtangga kedua mereka. Izinkanku berkongsi klip video pada hari status perceraian mereka ditetapkan.

Rita Rudaini yang jelita bercerai dengan suami kedua pada September 2013.



Erra Fazira yang cantik bercerai dengan suami kedua pada Februari 2014.



Fiza Halim yang anggun bercerai dengan suami kedua pada April 2014.



Abby Abadi yang rupawan bercerai dengan suami kedua pada Jun 2014.



Situasi yang berlainan namun pengakhiran yang sama bagi keempat-empat wanita ini yang dilanda ujian dalam rumahtangga kedua mereka. Semoga keempat-empat wanita ini memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan yang diimpikan.

Cinta pertama Cinta remaja

Cinta pertama yang gagal di tengah jalan berlaku ketika aku menginjak remaja.

Kecewa.

Kesal.

Itulah antara perasaan yang perlu aku tanggung apabila cinta pertama gagal di tengah jalan.

Kecewa itu telah diubati, Insha Allah.

Namun, kesal itu masih membungkam dalam sanubari.

Andai aku mempunyai seorang anak perempuan, sejujurnya aku akan menghalang sekeras-kerasnya dia bercinta dalam usia remaja dengan menceritakan kepadanya tentang kekecewaan yang perlu aku hadapi dan menjelaskan kepadanya tentang kekesalan yang perlu aku alami.

Namun... sebagai seorang ibu yang perlu matang dan memahami jiwa anak remajanya yang ternyata adalah seorang insan yang mempunyai fitrah untuk mencintai dan dicintai, mungkin aku perlu bersikap proaktif iaitu bukan menghalang sekeras-kerasnya apabila anak gadisku mulai mengenal cinta tetapi sejak anakku kecil lagi, aku dan pasanganku perlu mendidiknya tentang Tuhan Cinta Agung.

Aku perlu membuka ruang dan peluang kepada kami berdua untuk saling berkongsi cerita, rasa dan rahsia.

Pada waktu yang sama, aku dan pasanganku perlu memperkukuhkan jiwanya dengan kasih sayang agar dia tidak mudah memberikan cinta dan menerima cinta lelaki ajnabi.

Bukan aku benci tetapi tidak suka andai anak gadisku dilukai meskipun bagiku, pengalaman putus cinta adalah satu pengalaman yang mendewasakan.

Pengalaman putus cinta sebenarnya mencederakan.

Antara kedewasaan dan kecederaan, aku tidak rela anak gadisku tercedera.

Kedewasaan kerana Tuhan yang telah menyinar hati yang lara dengan taufik dan hidayah.

Ya Allah Ya Tuhanku, usahlah kami terdampar di pulau kehampaan yang meremukkan perasaan sehingga adakala kekesalan itu mengganggu kesejahteraan minda dan emosi sepanjang hidup.

Lahaula wala quwwata illa billah.

19 tahun telah berlalu.

Subhanallah.




Maleficient yang anggun



Apakah watak Maleficient yang anggun atau peribadi Angelina Jolie yang anggun?

Mana mungkin watak yang aku kenali sejak kecil sebagai 'witch' dalam kartun Sleeping Beauty memiliki keanggunan bak seorang ratu?

Filem yang berjudul Maleficient ini ternyata amat menarik kerana menonjolkan keanggunan seorang 'witch'.

Perkara yang menyentuh hati adalah filem ini telah membongkar rahsia sebenar seorang 'witch' yang selama ini diperlihatkan berdekad-dekad lamanya kepada semua sebagai watak yang jahat dan kejam sedangkan sebenarnya, beliau adalah ratu rimba yang anggun yang telah melalui satu episod yang amat pedih dalam hidupnya.

Maleficient telah menjadi mangsa penganiayaan sahabat karib yang merupakan kekasih hatinya sendiri.

Sahabat karibnya yang disayangi sejak zaman kanak-kanak bahkan dikasihinya apabila menginjak remaja telah mengkhianati kepercayaan dan cinta Maleficient.

Sungguh bijak penulis cerita ini!

Bahkan watak Maleficient yang mempunyai naluri keibuan itu semakin memperlihatkan keanggunan seorang wanita melalui babak-babak yang telah menyentuh hatiku.

Sebuah filem yang indah.

Subhanallah.

Kamar Chai Chee Avenue

Hari-hari terakhir di dalam kamar Chai Chee Avenue.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Lailahaillallah.

Allahuakbar.

Ada sejarah pahit.

Ada kenangan manis.

Ada tangisan kesedihan.

Ada senyuman kegembiraan.

Maleficient yang dibintangi Angelina Jolie

Pada minggu lalu, aku telah ke Hospital Tan Tock Seng seperti biasa untuk sesi konsultasi.

Setelah itu, aku ke Golden Village Katong untuk menonton sebuah filem bertajuk Maleficient.

Pada awal tontonan yang memperlihatkan watak Maleficient sebagai kanak-kanak yang berkepak dan hidup di dalam hutan rimba, hati kecilku berkata bahawa aku tidak berminat dengan filem ini.

Namun, apabila Angelina Jolie yang aku minati muncul tanpa disangka sebagai watak Maleficient setelah menginjak dewasa, aku mula tertarik dengan filem ini.


 


Monday, June 2, 2014

Sembilan Puluh Sembilan Kali Rindu

Filem 99 Kali Rindu telah selesai aku tontoni pagi ini di kamar Chai Chee Avenue.

Walaupun terdapat kelemahan dalam filem ini, percubaan menyampaikan mesej ketuhanan melalui filem romantik Islamik ini boleh dikatakan baik.

Rupa-rupanya filem 99 Kali Rindu ini adalah sambungan daripada filem 7 Petala Cinta yang pernah aku tontoni lebih 2 tahun lalu di Pawagam GSC, Mid Valley.

Pada pandanganku, filem 99 Kali Rindu lebih baik daripada 7 Petala Rindu.

Meskipun aku lebih menyukai 99 Kali Rindu jika dibandingkan dengan 7 Petala Cinta, aku tidak menafikan bahawa terdapat dialog watak atau paparan babak yang menyentuh sanibari dalam kedua-dua filem ini.

Semoga pengarah muda yang berwibawa iaitu Shamsul Yusof dapat menghasilkan filem-filem Islamik yang jauh lebih baik daripada 99 Kali Rindu dan 7 Petala Cinta apabila beliau kembali dalam bidang pengarahan filem, Insha Allah.

Bicara hati Ustaz Ahmad Fakhruddin Attar

Di saat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu.

Di saat kita tidak merindukannya, ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya.

Di saat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat-saat indah kita bersamanya.