Cinta adalah sesuatu yang didambakan setiap insan.
Kalau bukan kerana Cinta, mana mungkin acara Pink Dot diraikan dengan penuh gah tahun demi tahun kerana mereka amat menagih harapan agar cinta sesama jenis dapat diterima masyarakat.
Cinta tidak pernah lekang daripada menjadi tema utama dalam filem-filem dan lagu-lagu seantero dunia.
Cinta antara insan selalu dan sentiasa diperkatakan.
Ya Allah Tuhan Cinta Agung yang menjadikan insan, yang menjadikan fitrah untuk mencintai dan dicintai...
Ya Rasulullah Kekasih Allah yang memimpin insan, yang mengasihi umatnya agar bahagia dan selamat di dunia dan akhirat...
Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Cinta Al Quran... agar cinta kita di dunia ini dapat menyelamatkan kita di akhirat hingga kita bertemu semula di syurga dengan cinta.
Wahai golongan LGBT, ayuh bermujahadah walaupun kutahu tidaklah mudah.
Bermujahadahlah demi Tuhan Cinta Agung yang menjadikan insan dan yang menjadikan fitrah untuk mencintai dan dicintai.
Bermujahadahlah demi kekasih Allah yang memimpin insan dan mengasihi umatnya agar bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.
Wahai golongan LGBT, mungkin cinta itu tidak dapat dizahirkan di dunia kerana Allah telah memilihmu untuk mengadapi ujian luarbiasa di dunia yang sementara ini demi memperoleh cinta yang luarbiasa serta nikmat yang luarbiasa yang Allah simpan khas untuk kalian di syurga Allah yang luarbiasa.
Bukankah Allah yang Maha Pengasih yang mencipta kamu?
Bukankah Allah yang Maha Penyayang yang mencipta fitrah untuk mencintai dan dicintai?
Usah kita tertipu, menipudaya dan ditipudaya.
Insha Allah, andai ada golongan ulama yang sanggup dan sudi untuk memperbaiki masyarakat dengan membetulkan sikap prejudis mereka terhadap LGBT, maka aku akan bersama golongan ulama itu untuk memerdekakan LGBT daripada nista prejudis.
Namun, itu tidak bererti aku menerima cinta sesama jenis kerana bukankah kita hamba Allah, umat Rasulullah serta pemegang amanah kalam Allah Al Quran yang menjadi panduan hidup.
Maka cinta sesama jenis yang perlu penzahiran dan penerimaan bukanlah sikapku.
Cinta sesama jenis perlu dimujahadahkan dengan ilmu, iman dan ihsan.
Ihsan terhadap golongan LGBT bererti mereka perlu dicintai, dikasihi dan disayangi berserta pimpinan ilmu dan belaian iman.
No comments:
Post a Comment