Thursday, June 19, 2014

Cinta pertama Cinta remaja

Cinta pertama yang gagal di tengah jalan berlaku ketika aku menginjak remaja.

Kecewa.

Kesal.

Itulah antara perasaan yang perlu aku tanggung apabila cinta pertama gagal di tengah jalan.

Kecewa itu telah diubati, Insha Allah.

Namun, kesal itu masih membungkam dalam sanubari.

Andai aku mempunyai seorang anak perempuan, sejujurnya aku akan menghalang sekeras-kerasnya dia bercinta dalam usia remaja dengan menceritakan kepadanya tentang kekecewaan yang perlu aku hadapi dan menjelaskan kepadanya tentang kekesalan yang perlu aku alami.

Namun... sebagai seorang ibu yang perlu matang dan memahami jiwa anak remajanya yang ternyata adalah seorang insan yang mempunyai fitrah untuk mencintai dan dicintai, mungkin aku perlu bersikap proaktif iaitu bukan menghalang sekeras-kerasnya apabila anak gadisku mulai mengenal cinta tetapi sejak anakku kecil lagi, aku dan pasanganku perlu mendidiknya tentang Tuhan Cinta Agung.

Aku perlu membuka ruang dan peluang kepada kami berdua untuk saling berkongsi cerita, rasa dan rahsia.

Pada waktu yang sama, aku dan pasanganku perlu memperkukuhkan jiwanya dengan kasih sayang agar dia tidak mudah memberikan cinta dan menerima cinta lelaki ajnabi.

Bukan aku benci tetapi tidak suka andai anak gadisku dilukai meskipun bagiku, pengalaman putus cinta adalah satu pengalaman yang mendewasakan.

Pengalaman putus cinta sebenarnya mencederakan.

Antara kedewasaan dan kecederaan, aku tidak rela anak gadisku tercedera.

Kedewasaan kerana Tuhan yang telah menyinar hati yang lara dengan taufik dan hidayah.

Ya Allah Ya Tuhanku, usahlah kami terdampar di pulau kehampaan yang meremukkan perasaan sehingga adakala kekesalan itu mengganggu kesejahteraan minda dan emosi sepanjang hidup.

Lahaula wala quwwata illa billah.

19 tahun telah berlalu.

Subhanallah.




No comments:

Post a Comment