Novel remaja bertajuk 'My Life As An Alphabet' telah selesai aku baca.
Novel ini berkisar tentang seorang remaja perempuan yang bernama Candice.
Candice tidak sama seperti remaja lain di dalam kelasnya.
Berkemungkinan, Candice seorang insan autistik.
Namun yang pasti, Candice seorang insan unik yang mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa apatah lagi dalam usaha untuk menyatukan ibunya yang kemurungan (depressed) dan ayahnya yang kepedihan (bitter).
Ibu Candice kemurungan kerana anak keduanya yang masih bayi telah meninggal dunia.
Ayah Candice kepedihan kerana gagal dalam kerjaya yang diceburi sedangkan abangnya berjaya.
Penyampaian cerita dan pengwujudan watak lucu dan menghiburkan.
Tersenyum dan ketawa aku dibuatnya.
Tahniah kepada penulis Barry Jonsberg.
Insha Allah, akan aku cari novel lain yang ditulis oleh Barry Jonsberg.
No comments:
Post a Comment