Suratan Atau Kebetulan - Kenny, Remy & Martin
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang qudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi kubimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, November 30, 2014
Friday, November 28, 2014
Tidak tahan lama
Beg tangan yang comel berwarna coklat sangat manis dipandang mata.
Aku beli beg coklat Charles & Keith itu bersama Natila.
Beg yang cantik berwarna putih krim sangat anggun dipakai.
Aku diberi beg putih krim Guess itu oleh jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Rendah Yu Neng sempena kepergianku yang melanjutkan pelajaran.
Beg yang menarik berwarna merah jambu dan jingga sangat menawan.
Aku diberi beg merah jambu dan jingga itu oleh adikku, Ismail yang pernah bertugas di Amerika.
Namun, ketiga-tiga beg kegemaranku telah rosak kesemuanya.
Meskipun berjenama, beg-beg itu tidak tahan lama.

Thursday, November 27, 2014
Terlerailah genggaman mawar
Alunan instrumental piano pada permulaan lagu ini indah.
Berkaca mataku mendengarkan lagu ini.
'Terlerailah genggaman mawar dari tanganku' menandakan cinta yang tidak kesampaian.
Penyampai bunga mawar itu tidak dapat menyampaikan bunga mawar itu kepada yang ingin disampaikan.
Adakah aku..
Adakah aku telah membuat keputusan yang betul?
Adakah aku telah membuat keputusan yang benar?
Adakah aku telah membuat keputusan yang tepat?

Takdir dan Tadbir
Takdir merezekikan aku sekian jumlah.
Tadbirku memaksaku berurusan dengan pihak bank yang tentunya terlibat dengan riba'.
Takdir menemukan aku dengan rumah idaman.
Tadbirku memilih rumah idaman itu sebagai tempat kediaman.
Antara takdir dan tadbir.
Ampunkan aku kerana tadbirku terlibat dengan pihak bank dan riba' sedangkan takdirmu...
Ampunkan aku wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sunday, November 23, 2014
Bukan sekadar berbaik sangka
Kepahitan rasa tersinggung dek persahabatan yang diharapkan tetapi mengecewakan antara kawan-kawan sesama kaum telah begitu lama berlalu.
Dalam berbaik sangka untuk menjalinkan kembali ikatan yang setelah kian lama terputus, rasa terhibur dan rasa terubat rindu menyegarkan minda dan jiwa.
Namun, kepahitan rasa tersinggung sekali lagi terjadi dan menjadi realiti hari ini.
Mungkin bukan sekadar berbaik sangka tetapi aku perlu sabar, ikhlas dan redha dalam menghadapi kerenah mahkluk yang bergelar insan.
Mereka ditakdirkan sebagai kawan-kawan sesama kaum yang aku sayangi namun apakan daya, mereka ditakdirkan kurang prihatin dan kurang mengerti.

Saturday, November 22, 2014
4 hari di Darul Ihsan dan Masjid Sallim Mattar
Program menulis selama 4 hari bersama penghuni Darul Ihsan telah berakhir.
Alhamdulillah, program menulis berjalan secara santai dan lancar.
Aku ke sana dengan menaiki teksi dan pulang dengan pelbagai cara.
Pada hari pertama, aku pulang menaiki bas nombor 62 ke Stesen MRT Kallang. Kemudian, aku menyambung perjalanan dengan menaiki MRT.
Pada hari kedua, aku temui perhentian bas untuk bas 66. Alhamdulillah, aku pulang dengan menaiki bas.
Pada hari ketiga, aku tidak kecukupan wang syiling untuk menaiki bas 66. Lantas, aku berjalan kaki menuju ke Stesen MRT Aljunied dan menyambung perjalanan dengan menaiki MRT.
Pada hari terakhir, aku pulang dengan menaiki bas 66.
Selama 4 hari di sana, aku menunaikan solat Asar di Masjid Sallim Mattar.
Pemberian Nasi Goreng yang enak daripada seorang ustaz dan para pelajarnya pada hari pertama aku singgah masjid itu amat membuka selera.
Pada hari kedua, aku mengharapkan pemberian yang serupa tetapi rezeki tidak ditaqdirkan untukku.
Pada hari ketiga, aku diberi bubur ayam oleh seorang ustazah/ibu dan para pelajar yang sama.
Pada hari keempat, aku diberi dua keeping roti oleh seorang ustazah/ibu dan para pelajar yang sama..

Saturday, November 15, 2014
Apakah yang aku lakukan...?
Apakah yang aku lakukan ini betul?
Apakah yang aku lakukan ini benar?
Apakah yang aku lakukan ini tepat?
Lirik yang tersurat iaitu 'membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba' mengingatkanku tentang keputusan yang telah aku buat.
Sunday, November 9, 2014
Seperti mimpi...
'Seperti mimpi perkenalan ini
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu kuterkenang jua'
Semoga Tuhan Cinta Agung sentiasa melindungi dan memelihara dirimu yang kuhormati dan senangi. Kita berkawan kerana Allah.

Saturday, November 8, 2014
Pembelian ketigaku secara dalam talian dari luar negara & penjualan dan pelanggan pertamaku
Produk yang ketiga kuterima ialah tudung yang dipesan dari Tangerang, Indonesia. Alhamdulillah, aku berasa terhibur dan gembira apabila melihat pakej yang dihantar sudah berada di dalam rumah walaupun proses penghantaran mengambil masa yang lama. Aku telah menjelaskan bayaran pada Khamis, 23 Oktober 2014.
Pembekal yang bernama Maya pernah berkasar bahasa di dalam Whatsapp dengan menyatakan 'We don't want waste time' apabila aku menukar pesanan sedangkan aku belum menjelaskan bayaran. Akhirnya, dalam proses penghantaran tudung, mereka perlu merujuk kepadaku semula dan meminta aku menukar pesanan kerana berlaku kesilapan pada pihak mereka. Haruskah aku memulangkan paku buah keras? 'I don't want to waste time'. Namun, bukan sikapku begitu.
Aku telah menerima pakej ini pada Jumaat, 31 Oktober, sepulangnya aku dari rumah CNJ yang telah membeli 3 helai skirt dengan harga $100 dan bukan jubah berwarna 'mint'. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya berbaloi jua pemergianku ke sana untuk memasarkan jubah dan skirtku. CNJ merupakan pelanggan pertamaku. Alhamdulillah.
Walaupun modal $174 untuk jubah belum membuahkan hasil hingga ke hari ini, modal sebanyak $198 telah membuahkan hasil dengan 3 skirt telah terjual. 6 skirt telah aku bahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian S dan bahagian aku. Semoga kami memperoleh keuntungan daripada perniagaan skirt labuh ini kerana S menyatakan bahawa kakaknya amat berminat dengan skirt labuh yang ternyata cantik menawan itu!
Insha Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)