Saturday, November 8, 2014

Pembelian ketigaku secara dalam talian dari luar negara & penjualan dan pelanggan pertamaku

Produk yang ketiga kuterima ialah tudung yang dipesan dari Tangerang, Indonesia. Alhamdulillah, aku berasa terhibur dan gembira apabila melihat pakej yang dihantar sudah berada di dalam rumah walaupun proses penghantaran mengambil masa yang lama. Aku telah menjelaskan bayaran pada Khamis, 23 Oktober 2014.

Pembekal yang bernama Maya pernah berkasar bahasa di dalam Whatsapp dengan menyatakan 'We don't want waste time' apabila aku menukar pesanan sedangkan aku belum menjelaskan bayaran. Akhirnya, dalam proses penghantaran tudung, mereka perlu merujuk kepadaku semula dan meminta aku menukar pesanan kerana berlaku kesilapan pada pihak mereka. Haruskah aku memulangkan paku buah keras? 'I don't want to waste time'. Namun, bukan sikapku begitu.

Aku telah menerima pakej ini pada Jumaat, 31 Oktober, sepulangnya aku dari rumah CNJ yang telah membeli 3 helai skirt dengan harga $100 dan bukan jubah berwarna 'mint'. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya berbaloi jua pemergianku ke sana untuk memasarkan jubah dan skirtku. CNJ merupakan pelanggan pertamaku. Alhamdulillah.

Walaupun modal $174 untuk jubah belum membuahkan hasil hingga ke hari ini, modal sebanyak $198 telah membuahkan hasil dengan 3 skirt telah terjual. 6 skirt telah aku bahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian S dan bahagian aku. Semoga kami memperoleh keuntungan daripada perniagaan skirt labuh ini kerana S menyatakan bahawa kakaknya amat berminat dengan skirt labuh yang ternyata cantik menawan itu!

Insha Allah.


No comments:

Post a Comment