Beg tangan yang comel berwarna coklat sangat manis dipandang mata.
Aku beli beg coklat Charles & Keith itu bersama Natila.
Beg yang cantik berwarna putih krim sangat anggun dipakai.
Aku diberi beg putih krim Guess itu oleh jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Rendah Yu Neng sempena kepergianku yang melanjutkan pelajaran.
Beg yang menarik berwarna merah jambu dan jingga sangat menawan.
Aku diberi beg merah jambu dan jingga itu oleh adikku, Ismail yang pernah bertugas di Amerika.
Namun, ketiga-tiga beg kegemaranku telah rosak kesemuanya.
Meskipun berjenama, beg-beg itu tidak tahan lama.
No comments:
Post a Comment