Sunday, May 8, 2011

Kali Pertama Aku Mengundi

7 Mei 2011 merupakan tarikh pilihan raya di Singapura.

Sekali gus merupakan kali pertama bagi aku mengundi calon wakil rakyat bagi kawasan undiku iaitu kawasan undi Aljunied.

Gembira, bangga dan lega.

Alhamdulillah.

Proses mengundi berlaku dengan efisien sekali.

Segalanya selesai dalam masa 15 minit meskipun aku serta-merta dipanah rasa malas apabila melihat barisan manusia sedang beratur.

Meskipun panjang barisan itu tetapi setelah aku diurus dan diarah ke sana ke situ ke mari.... akhirnya tiba juga di tempat memangkah.

Efisien sungguh proses mengundi.

Syabas!

Pada tahun 1991, aku telah didedahkan kepada konsep dan suasana mengundi calon wakil rakyat.

Pada waktu itu, kawasan undiku hampir ditawan parti pembangkang.

Semenjak itu, tahun demi tahun, kawasan undiku menang tanpa bertanding.

Strategi!

20 tahun sudah berlalu.

Kini pada tahun 2011, aku berpeluang menikmati hak mengundi.

InsyaAllah, parti pembangkang ada harapan untuk menang.

Namun, segalanya masih belum pasti.

Walau bagaimanapun, aku telah menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang rakyat yang baik.

Ahakz.

Rakyat yang baik sehinggakan aku telah membina impian untuk bermastautin di negara lain.

:)

2 comments:

  1. samalah kita...he2....ni kali pertama nak mengundi gak....

    ReplyDelete
  2. Cikgu Abbam: Selamat mengundi. Saya undi pihak pembangkang gak kalau kat sini meskipun mak bapak saya kuat dengan BN.

    ReplyDelete