Thursday, May 19, 2011

Novel Cuti Semester

Pada cuti semester kali ini iaitu cuti semester keempat, dua buah novel telah menjadi pilihan.

Pilihan pertama ialah Sinergi yang ditulis oleh Hilal Asyraf.

Manakala, pilihan kedua ialah Lentera Mustika yang ditulis oleh Nisah Haron.

Sinergi telah aku perolehi pada 5 November 2010 dan sehingga kini, pembacaanku belum lagi selesai kerana sejujurnya, novel itu memang bagus tetapi tidak mempunyai kuasa besi semberani yang mampu menarik perhatian.

Namun, aku harus menyelesaikan pembacaan novel ini.

Buat masa sekarang, aku sedang membaca Cerita 14: muka surat 193 daripada novel Sinergi.



Manakala Lentera Mustika merupakan novel terbaharu yang kuperolehi pada 8 Februari 2011.

Pembacaanku bermula semalam semenjak pengecas komputer ribaku tidak lagi berfungsi.

Sebelum ini, pengecas komputer ribaku telah 'nazak' untuk dua tiga hari.

Akhirnya, pengecas komputer ribaku menemui 'ajal'nya.

Lantas, apa yang mampu kulakukan dalam kebosanan tanpa komputer riba adalah membaca dua buah novel silih berganti pada satu masa.

Sebenarnya, keistimewaan Lentera Mustika telah aku terokai lama sebelum tahun ini ketika aku membaca sebahagian daripada novel ini yang tersiar dalam majalah Aniqah.

Sebelum berbentuk sebuah novel, penulisan ini merupakan penulisan bersiri yang dimuatkan dalam salah satu ruang penulisan kreatif dalam majalah Aniqah.

Aku tertarik dengan penulisan itu meskipun pembacaanku hanya untuk satu siri itu sahaja.

Pada waktu itu, penulisan bersiri itu diberi tajuk 'Kalau Tuan Mudik Ke Hulu'.

Buat masa sekarang, aku sedang membaca Bab 3: muka surat 36 daripada novel Lentera Mustika.



Jom berSinergi dan berLentera Mustika bersamaku!

1 comment:

  1. 2 novel ini telah selesai kubaca. Sinergi pd cuti semester ketiga, dn Lentera Mustika pula sblm peperiksaan semester 4 yg baru saja berlalu. Kedua2nya sgt bagus. :) Terima kasih kpd teman2 yg tlh menghadiahkanku buku Sinergi pd ulangthn hari lahirku yg ke-20. :D

    I kan mmg ulat buku, jd kalau novel mmg cpt je habis. Kalau buku2 ilmiah tu, mgkn lmbt sikit. hehehe. ;) Cuti ni, target nk habiskan lebih drpd 10 novel. :->

    Kesiannya charger laptop u rosak.. Tp tkpelah, ada hikmahnya. Kalau tk rosak, u tk baca novel kan? ;)

    ReplyDelete