Alangkah lunak dan merdu suara muazzin yang sedang melantunkan seruan mengajak manusia menyembah Pencipta.
Alunan azan Isyak yang indah.
Siapakah gerangan insan yang mempunyai suara itu...?
Pastinya insan itu berserta suara yang dianugerahkan kepadanya milik Pencipta.
:)
Azan Isyak baru sahaja selesai.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
Hanya ingat Kamu kala dukaku
'Tuhan, aku tahu banyak dosaku. Hanya ingat Kamu kala dukaku.'
Ketika ini, aku sedang didendangkan lagu kesukaan ramai dan ternyata lagu ini telah mencuri hatiku dek lirik dan lagu yang benar-benar membelai emosi.
Sejak pulang daripada Bukit Broga bersama adik-adik, aku telah merangka dalam minda untuk mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.
Pendakian ke Bukit Broga yang aku jadikan sebagai penanda masa antara minggu pengajian dan minggu ulang kaji sekaligus pendamai jiwa telah terlaksana tetapi aku tidak menunaikan amanah untuk mengulang kaji.
Aku ketagihan.
Ketagihan menonton klip video yang aku rakam menerusi perakam video FS306ku.
Klip video di Bukit Broga.
Klip video sempena Ilham Seni.
Klip video sepanjang semester kelima ini.
Klip video yang lalu iaitu semester keempat.
Jika tidak silap, perakam video FS306 aku beli pada tarikh 31 Disember 2010.
Bererti, ulang tahun pertama bersama perakam video FS306 akan menjelang beberapa jam lagi.
Meskipun perakam video ini bukan pilihan hatiku dek rasa cinta atau rasa tertarik, bahkan aku akui kerana terpaksa dek tekanan masa pada waktu itu, ternyata perakam video ini telah banyak berjasa kepadaku.
Segala kenangan di Universiti Malaya meskipun tidak banyak telah mampu dirakam sebagai kenangan.
Banyak yang dirakam.
Sebenarnya, lebih banyak yang tidak dirakam.
Namun, aku tidak dapat menyangkal apatah lagi menafikan bahawa jasa perakam video FS306 selama hampir setahun ini menjadikan aku cinta kepadanya.
Terima kasih FS306.
Hanya satu perkara yang agak 'merosakkan'ku ialah ketagihanku menonton rakaman klip video ini dan menghasilkan klip video pada masa yang tidak seharusnya.
Seharusnya aku fokus kepada pengulangkajian tetapi sebaliknya, rakaman klip video itu kucantum menjadi klip video.
Pada waktu ini, ada empat buah klip video yang sedang aku usahakan setiap hari berdasarkan empat buah lagu yang aku sukai.
Pagi semalam, siap sudah salah satu klip video yang dimulai dengan gurau senda Zulkifli Mukhtar dan diakhiri dengan wajah Anis Azmi, berlatarkan lagu Doa Perpisahan.
Ketagihan ini telah mengalihkan fokusku kepada tanggungjawabku yang sebenar iaitu mengulang kaji pelajaran.
Astaghfirullah.
Aku berharap aku kembali mendisiplinkan diri agar fokus kepada tanggungjawabku.
Harap sahaja pun tidak boleh.
Perlu ada usaha yang sungguh-sungguh.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini yang kadang kala hilang arah.
Barangkali bukan kadang kala tetapi selalu.
Berbalik kepada lirik lagu yang tersurat begitu indah dan menyentuh nurani iaitu 'Tuhan, aku tahu banyak dosaku. Hanya ingat Kamu kalau dukaku.' pula, benarlah seperti yang dinyatakan.
Betapa aku memerlukan keampunanMu wahai Tuhan.
Betapa aku memerlukan pimpinanMu wahai Tuhan.
Apatah lagi November dan Disember 2011 merupakan dua bulan yang telah menggentarkan dan menggetarkan jiwaku dengan taqdirMu.
Taqdir yang sebenarnya menjawab pertanyaan hatiku pada bulan Ramadhan yang lalu.
Secara langsung, pertanyaanku sebenarnya telah terjawab olehMu wahai yang Maha Mendengar dan yang Maha Mengasihani.
Aku hanya perlu memahami dan menghadam erti redha.
Aku hanya perlu menghayati dan menghargai taqdirMu ini.
Aku hilang arah tetapi yakinkanlah aku bahawa aku masih belum kehilanganMu meskipun terlalu banyak dosaku.
Aku bukan anak yang baik.
Aku bukan anak yang baik.
Aku bukan anak yang baik.
Namun, terperosok dalam gaung yang curam dan dalam itu..... sesuatu yang aku harap Engkau terima sebagai kasih sayangku terhadap kedua-dua ibu bapaku meskipun aku tidak menzahirkannya langsung.
Aku sedar aku bukan anak yang baik.
Aku sedar aku bukan anak yang baik.
Aku sedar aku bukan anak yang baik.
Aku hanya hilang kudrat untuk membuktikannya kepada kedua-dua mereka.
Aku masih berkeinginan untuk menjadi baik.

Ampunilah hambaMu ini.

Wednesday, December 28, 2011
Lega rasa hati
Alhamdulillah, lega rasa hati.
Yuran pengajian semester ini yang berjumlah RM 4560 telah kulunaskan di Bank Islam pada jam 4 petang tadi bersama Unaizah.
Meskipun aku telah menghubungi Unaizah lebih awal, dia tidak menjawab panggilanku.
Beberapa minit sebelum aku melangkah keluar dari bilik, dia menelefonku.
Aku memaklumkan kepadanya bahawa aku akan melunaskan yuran pengajiannya.
Rupa-rupanya dia juga belum melunaskan yuran pengajiannya dan membuat keputusan serta-merta untuk bersamaku ke Bank Islam.
Kami ke sana dengan menaiki bas memandangkan kenderaan itu yang tiba dahulu sedangkan aku berhasrat untuk menaiki teksi kerana ingin mengejar masa.
Kami ke KPS terlebih dahulu memandangkan aku perlu mengeluarkan wang lagi daripada ATM.
Alhamdulillah, lega rasa hati.
Selega hatiku apabila segala tugasan telah terlaksana dan diserahkan kepada pensyarah.

Saturday, December 24, 2011
Alhamdulillah dan InsyaAllah
Alhamdulillah.
Lega rasa hati setelah tugasan terakhir iaitu Bentuk Lakon Tradisi dihantar sudah kepada Prof Rahmah berserta surat tunjuk sebab atas ketidakhadiran ke kuliah dan tutorial pada 24 Oktober 2011.
Selesai urusan berkaitan tugasan pada pagi tadi sekaligus berlabuhlah tirai Semester 5.
Kemudian, aku berjalan kaki dari APM ke Perpustakaan Utama untuk memulangkan buku-buku yang telah digunakan untuk melaksanakan tugasan-tugasan pada semester ini.
Masih ada lagi buku yang belum dipulangkan kerana terlalu berat begku untukku isi dengan kesemua buku yang dipinjam.
Bahkan, aku tertarik untuk meminjam dua buah buku yang aku temui di Aras 2 iaitu buku motivasi yang ditulis oleh Anthony Robbins dan buku sejarah yang diterjemahkan oleh Safiah Abd. Razak.
Buku motivasi itu berjudul Awaken The Giant Within dan buku sejarah itu bertajuk Hajar Al-Misriyah Ibu Bangsa Arab.
Alhamdulillah.
Sebentar lagi, aku akan ke Mid Valley bersama dengan Khairiyyah dan Unaizah.
Malam menginjak pagi nanti, aku akan ke Bukit Broga bersama 14 orang adik-adik yang lain.
:)
Semoga perjalanan kami dalam perlindungan dan keredhaan Allah.
InsyaAllah.

Wednesday, December 21, 2011
Bentuk Lakon Tradisi dan Analisis Wacana
Ilham Seni dengan tema Ke Jinjang Pelamin telah terlaksana sudah pada pagi ini.
Berakhir sudah pertemuan terakhir dengan rakan-rakan dalam modul Bentuk Lakon Tradisi.
Sejujurnya, aku tidak begitu merasai perjalanan kami sebagai satu kumpulan dalam melaksanakan tugasan bermula daripada penulisan skrip, rakaman suara, rakaman video, lakonan pernikahan dan lakonan persandingan.
Aku kurang merasai getar dan getir perjalanan menunaikan tugasan ini kerana aku kurang melihat perpaduan dan komitmen ke arah itu meskipun kami bekerjasama.
Aku telah dan perlu melaksanakan tugasku meskipun kecil tanggungjawab itu.
'Just go with the flow'.
Sama ada aku merasai nikmat atau berpuas hati, sejujurnya aku tidak terasa dan berasa seperti itu.
Tugasan penulisan bagi modul Bentuk LakonTradisi belum pula selesai meskipun tarikh penghantaran adalah pada hari Khamis lalu.
Pengalaman pertamaku tidak menepati tarikh penghantaran sesebuah tugasan sepanjang lima semester pengajianku.
Alhamdulillah, pengalaman dapat mengenali dan bekerjasama dengan kenalan yang sebelum ini belum pernah bekerjasama iaitu Fatihah dan Mazirahyu adalah sesuatu yang aku hargai.
Manakala pasangan kawan baik iaitu Hasnaidi dan Zuraina adalah kenalan baharu yang mudah mesra dan menghiburkan hati.
Bagi Hafiz dan Nazif pula, bukan pertama kali aku bekerjasama dengan mereka memandangkan Hafiz sekumpulan denganku pada semester lalu untuk modul Pemasaran Produk Seni manakala Nazif sekumpulan denganku pada semester lalu juga untuk modul Muzik Melayu Tradisi.
Ramai daripada pelajar Tahun 2 dan ada segelintir pelajar daripada akademi lain turut bersama kami dalam modul ini tetapi tidak begitu rapat.
Bertukar-tukar senyuman dan tawa mesra serta bergurau senda.
Atas dasar perlu bekerjasama, kami berbincang dan berbual.
Alhamdulillah, terbina perkenalan meskipun bukan persahabatan.
Pembentangan terakhirku iaitu pembentangan bagi modul Analisis Wacana terlaksana pada petang ini.
Meskipun kumpulan kami sebenarnya bukan kumpulan terakhir kerana berdasarkan undian, kumpulan kami ialah kumpulan kelapan antara sebelas buah kumpulan, kami akhirnya melaksanakan pembentangan sebagai kumpulan terakhir.
Faktor masa dan keterlibatan aku dalam lakonan sketsa untuk Ilham Seni telah menyebabkan kumpulanku melaksanakan pembentangan pada minggu ini iaitu minggu terakhir.
Peluang bekerjasama buat pertama kali dengan Awg Azhar, Zakaria, Fauzi dan Mazwan meninggalkan kenangan kerana aku berada dalam kumpulan ini atas ajakan Zakaria.
Aku dan Khairiyyah diajak Zakaria untuk menyertai kumpulan yang dibentuk oleh Zakaria tetapi atas kesalahfahaman kami menyangka bahawa kumpulan yang dibentuk perlu selaras dengan masa kelas tutorial, Khairiyyah telah memilih anggota kumpulan yang lain.
Kumpulan kami yang dianggotai Awg Azhar, Zakaria, Mazwan dan aku sendiri akhirnya telah dilengkapkan dengan keanggotaan Fauzi.
Alhamdulillah, kumpulan kami ternyata telah mula melaksanakan gerak kerja sejak awal lagi.
Terimbau kenangan apabila kami bermesyuarat kecil di bahagian belakang Dewan Semarak pada malam perjumpaan Hari Raya Aidilfitri.
Jika tidak silap, itulah mesyuarat kami yang pertama sebagai sebuah kumpulan.
Alhamdulillah, aku bangga dan yakin dengan semangat mereka sejak awal lagi.
Rombakan demi rombakan dalam melaksanakan tugasan telah dilakukan.
Awg Azhar seorang anggota kumpulan yang sentiasa tenang, cukup sabar, sangat tekun, amat cekap dan sungguh konsisten.
Aku mengkagumi kematangannya.
Seseorang yang boleh diharapkan dan pada waktu yang sama, boleh diajak berbincang bahkan sangat bertolak ansur.
Alhamdulillah.
Begitu juga dengan yang lain iaitu Zakaria, Mazwan dan Fauzi.
Zakaria mengambil berat.
Sikapnya yang tidak berlepas tangan meskipun diburu dengan kesibukan membuat aku terharu.
Dia selalu ambil tahu dan bertanya tentang gerak kerja kumpulan kami.
Kelucuan dan keceriaannya menghiburkanku.
Kumpulan kami pernah melaksanakan perbincangan pada hari Khamis hingga kami meninggalkan bangunan Akademi Pengajian Melayu selepas waktu maghrib.
Sejujurnya, perbincangan itu memberi kenangan terindah dengan keletah Zakaria yang lucu dan ceria.
Perbincangan itu sebenarnya melegakan kerana hasil daripada perbincangan itu, kecelaruan yang bersimpang siur dalam minda dan jiwaku sebelum itu terlerai dan terhurai.
Alhamdulillah.
Mazwan meskipun tidak banyak bercakap merupakan anggota kumpulan yang bertanggungjawab, cekap dan boleh diharap.
Seseorang yang baik pada mata kasarku tetapi agak 'misteri' kerana wataknya perlu diselami jika hendak mengetahui siapa sebenarnya seorang Mazwan.
Fauzi pula merupakan seorang anggota yang berperibadi lembut, bersuara perlahan dan berakhlak baik.
Fauzi juga seorang anggota kumpulan yang bertanggungjawab, cekap dan boleh diharap.
Kami berdua pernah berbincang semata-mata untuk memastikan gerak kerja kami tidak terputus di Perpustakaan Utama kerana perbincangan awal di Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu tidak dapat Fauzi hadiri atas sebab kesihatan.
Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan iltizam dan kerjasama anggota kumpulanku untuk modul Analisis Wacana.
Kurniaan daripada Tuhan.
Siapa kata pelajar lelaki tidak bertanggungjawab, tidak serius, tidak matang dan sembrono sahaja.
Alhamdulillah, mereka yang sekumpulan denganku adalah pelajar lelaki yang bertanggungjawab dan boleh diharap.
Terima kasih kepada mereka yang aku hormati... Awg Azhar, Zakaria, Mazwan dan Fauzi.

Saturday, December 17, 2011
Aku hanya seorang Nuraini
Antara fikir dan zikir.
Antara rasa dan terasa.
Antara kasih dan kasihan.
Antara gelora dan gelombang.
Apakah aku harus menafi atau menyetujui fikiranku sendiri?
Apakah aku harus melawan atau melayan perasaan hati ini?
Awan kelabu atau langit biru?
Mendung hujan atau cerah mentari?
Antara pertempuran dalam akal fikiran.
Antara pertarungan dalam nurani perasaan.
Dugaan dan ujian ini benar-benar mencabar...
Aku hanya seorang Nuraini.

Friday, December 16, 2011
Antara Ingin Dan Izin: Aku Pasrah
Jantungku berdetak dengan rasa gementar.
Tugasan Bentuk Lakon Tradisi yang harus diserahkan pada hari ini belum dilengkapi kerana aku belum sempat menyentuh bahagian ritual dan bahagian lakonan yang merupakan komponen penting. Meskipun 70% daripada bahagian struktur persembahan telah tertaip tetapi secara keseluruhan, komponen penting iaitu bahagian ritual dan bahagian lakonan belum disentuh.
Tugasan Semantik yang harus diserahkan pada Selasa hadapan pun belum terlaksana kerana aku belum sempat langsung menganalisis lagu Hanya Tuhan Yang Tahu. Meskipun kedua-dua lagu yang menjadi pilihanku iaitu Menanti Kepastian dan Di Saat Aku Mencintaimu telah aku analisis tetapi pembaikan yang telah Prof Indira minta aku lakukan seperti memasukkan bahagian sinopsis belum terlaksana.
Pada waktu ini, aku sedang dalam proses pembikinan klip video kedua untuk pembentangan Asas Pembudayaan Keusahawanan yang akan berlangsung pada esok pagi.
Air mata berhamburan dek kerancuan dan kecelaruan jiwa.
Pasrah.....
Aku ingin ke Akademi Pengajian Melayu untuk menghadirkan diri dalam program Solat Hajat dan bacaan Yasin sebentar lagi tetapi situasi yang aku alami pada waktu ini seperti tidak mengizinkan.
Antara ingin dan izin, aku pasrah.
Pasti akan aku ingati 15 Disember 2011 (Khamis) sampai bila-bila apabila aku menangis di pondok berdekatan Blok C dengan ditemani kesayanganku, Unaizah yang turut menangis bersamaku.
Sesungguhnya aku insan yang rapuh dan taqdirNya telah pun merempuh diriku.
Ya Allah, betapa aku insan yang rapuh.

Subscribe to:
Posts (Atom)