Sunday, April 1, 2012

Azan Maghrib Berkumandang Lagi dan Keputusanku Pula Sudah Muktamad

Azan Maghrib berkumandang lagi di kolej kediamanku, Kolej Ungku Aziz.

Keputusan telah dibuat petang tadi.

Keinginan untuk ke Pulau Redang telah digantikan dengan hasrat untuk ke Bukit Fraser pada minggu hadapan.

Namun, hasrat untuk ke Bukit Fraser telah aku batalkan demi tugasan yang belum terlaksana.

7 minggu sudah berlalu namun usahaku tidak setara 7 minggu yang berlalu sedangkan 7 minggu itu sungguh berharga andai dapat dimanfaatkan.

Aku telah mendaftarkan diri secara online semalam.

Sejurus menetapkan keputusan hati pada petang tadi dan seperti didengar oleh pihak pendaftar tentang keputusan hatiku, telefon bimbitku pun berbunyi.

Aku memaklumkan kepada petugas itu tentang keputusanku iaitu membatalkan pendaftaranku ke Bukit Fraser.

Kemudian, adikku menghubungiku untuk memaklumkanku bahawa dia menyokong hasratku ke Bukit Fraser.

Hmmm....

Namun, apabila sekali lagi kami berbincang tentang janji temu dengan produksi Bizkode serta tugasan-tugasan yang tidak terlaksana, keputusan muktamad telah aku perolehi iaitu pulang ke Singapura selewat-lewatnya pada Isnin ini.

:)

Keputusanku sudah muktamad meskipun aku terpaksa mengabaikan hasratku ke Bukit Fraser.

Bukit Fraser, Bukit Tinggi Cameron dan Colmar Tropicale merupakan antara tempat-tempat terindah yang ingin sekali aku kunjungi tetapi belum berpeluang.

Keputusanku sudah muktamad.

Barangkali silapku ialah tidak melaksanakan tugasanku sewaktu 7 minggu yang berlalu ini.

Andai 50 peratus telah terlaksana, tidak menjadi keberatan aku mengikuti program ke Bukit Fraser.

:(

Kupujuk hati sendiri dengan menyatakan bahawa program ke Kelantan adalah salah satu program yang telah dirancang dan InsyaAllah, akan berlangsung tidak lama lagi.

Kelantan yang kunanti-nantikan.

Bersyukurlah.

Bergembiralah.

Berbahagialah.

No comments:

Post a Comment