Sunday, April 8, 2012

Agar Dikuatkan Iman Yang Lemah

Sungguh indah lirik lagu Layar Keinsafan.

Seindah lirik lagu Destinasi Cinta.

Aku telah jatuh cinta dengan lagu Layar Keinsafan.

Barangkali inilah kali pertama aku mendengar lagu ini.... atau barangkali inilah kali pertama aku menghayati lirik lagu ini.

'Sepi benar senja ini
Bayunya semilir menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Baru kan terdetik pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan
Layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dinihari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora untuk ku berlayar'

2 comments:

  1. pengisian lirik lagu ini lbh krg sama dgn lagu Keinsafan dr kump krabat..


    Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
    Kini terasa memecah kesunyian malam
    Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
    Dibayangi sesal yang tak sudah

    Renung langit sepi tiada purnama
    Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
    Terpaku membisu tanpa suara dan segala
    Apa petanda, apa rahsia

    Oh Tuhanku Yang Maha Esa
    Maha Penyayang Maha Pemurah
    Andainya malam yang begini
    Memberi pengertian untukku
    Mencari hidayahmu...

    Maka kutadahkan setulus
    Pengampunan dan pengharapan
    Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

    Cukup setakat ini... aku merasa
    Terasing terhukuman dalam sengsara
    Balasan dari kehancuran
    Yang aku ciptakan

    Dan kini ku mengerti
    Antara dosa pahala
    Yang mana lebih utama
    Dalam meniti hidupan dan hari kematian
    oh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti selalu, Edi Farid sangat sweet kerana sudi berkongsi lirik lagu ini. Rasanya tidak pernah kakak dengar lagu ini apatah nama kumpulan nasyid ini. Jika ada kesempatan, kakak akan cuba cari lagu ini untuk mendengar dan menghayatinya. TERIMA KASIH ADIKKU!

      Delete